29.1.09

LAPORAN JAWATANKUASA PEMANTAU-Post Mortem Bah III

Sambungan dari Bah II..

3. PENGUNDI MUDA (<40 TAHUN)


Dari sudut dalaman menunjukkan seolah-olah tiada kepimpinan yang mampu menarik golongan muda ini untuk bersama-sama berjuang. Ketiadaan golongan muda ketara sejak masa berkempen dan kemuncaknya pada hari pengundian, golongan ini bukan sahaja tiada di barisan hadapan di pusat-pusat pengundian malah tidak keluar mengundi

Terdapat dakwaan Perhimpunan Pentarama pada malam akhir menimbulkan kekecohan terutama melibatkan soal bayaran.

BN/UMNO gagal mengambil hati dan pengaruh di kalangan orang Muda yang baru sahaja mendapat hak untuk mengundi. Meletakkan risiko tanpa perancangan ke atas golongan ini amatlah memudaratkan UMNO/BN pada pilihan raya umum yang akan datang.


4. DUIT PERUNTUKAN


Terdapat dakwaan di peringkat bawah mengatakan duit peruntukan tidak turun sama ada dari Perhubungan ke Bahagian atau dari Bahagian ke cawangan-cawangan, pemuda mahupun perayu undi . Digambarkan seolah-olah terdapat unsur-unsur mencari peluang kewangan ke atas peruntukkan yang seharusnya diagihkan.



5. KEGAGALAN JKKK


Pada peringkat “grass-root”, JKKK memainkan peranan terpenting sebagai wadah Kerajaan terutama dalam menyalurkan pelbagai bentuk bantuan kepada masyarakat. Namun berdasarkan keputusan pilihanraya, parti Kerajaan dilihat amat sukar untuk menembusi kawasan kubu pembangkang sekaligus menimbulkan persoalan terhadap sejauhmana keberkesanan pengaruh JKKK yang ada dikalangan masyarakat kampung

Dicadangkan dilakukan pengubasuaian atau penyelarasan JKKK di kawasan yang sentiasa kalah setiap kali pilihanraya. JKKK di kawasan ini mestilah merupakan orang yang disegani ramai terutama oleh masyarakat kampung dan berwibawa

Begitu juga dengan peranan Pegawai Pembangunan DUN perlu diberi kepada orang-orang yang mempunyai pengaruh yang kuat di kawasan yang berkenaan dan mendapat kepercayaan majoriti.


KESIMPULAN


Jawatankuasa Pemantau berpendapat kepimpinan Badan Perhubungan UMNO Negeri perlu mengambil serius perkara-perkara yang dibangkitkan dan bertindak mengatasi segala isu yang timbul secepat mungkin dengan cara yang penuh bijaksana . Fokus harus diberikan kepada pengundi muda iaitu cara untuk menarik minat mereka kepada UMNO/BN. Pengagihan wang semata-mata sebelum hari menngundi jelas tidak berkesan dan lebih memudaratkan terutamanya apabila agihan adalah tidak sempurna.

Isu Calon perlu dipandang serius oleh parti, Calon yang dipilih harus seseorang yang diyakini mendapat sokongan bukan sahaja dari ahli UMNO tetapi juga masyarakat setempat. Berdasarkan jumlah undi yang diperolehi BN, jelas ahli-ahli UMNO telah menunaikan tanggungjawab kepada parti (sebilangan besar). Tetapi BN tidak dapat meraih undi dari golongan di atas pagar yang terdiri dari orang muda dan juga mungkin pengundi yang tidak cenderung kepada mana-mana parti.

Di masa yang akan datang, BN memerlukan calon yang selalu turun padang dan rapat dengan masyarakat setempat sekaligus mendalami permasalahan dan isu-isu semasa di lokaliti yang dipertandingkan. Faktor ini merupakan kekuatan kepada calon PAS yang bertanding baru-baru ini.


UMNO/BN perlu menawan semula hati pengundi dan rakyat. Jalinan perhubungan perlu dipupuk ke dalam hati golongan muda sejak dari awal lagi misalnya dari peringkat sekolah menengah. UMNO/BN harus peka kepada permasalahan setempat. Isu-isu nasional seperti harga barang, harga minyak dan projek-projek pembangunan yang dikatakan membazir perlu dijelaskan dengan cara yang berkesan dan efektif kepada rakyat. Di sini bahagian penerangan perlu agresif dan berada di hadapan pihak Pembangkang. Setiap isu yang dibangkitkan oleh pembangkang mesti ditangkis dengan bijaksana.

Semoga kekalahan BN baru-baru ini menjadi teladan kepada semua ahli-hali UMNO bahawa kekuatan UMNO dan pengaruhnya dihati rakyat telah berkurangan. UMNO perlu bangkit semula untuk mengulangi sejarah, sejarah kegemilangan UMNO yang dapat membebaskan bumi ini dari penjajah. UMNO/BN perlu menangani permasalah ekonomi dan sosial orang melayu. Hanya dengan cara ini UMNO akan dapat kekal sebagai parti keramat bagi orang-orang Melayu.


1. JENTERA
2. KEPIMPINAN
Dalaman
1. Calon -
2. Orang UMNO masih pertikaian pemilihan calon (sepatutnya tidak)

Terbawa-bawa dengan pemilihan Bahagian


SINOPSIS KEPUTUSAN

Perbandingan antara PRK 2009 – PRU 2008

PRU 2008

PRK 2009

NOTA

Keluar mengundi

82.3 % (66,112)

79.3% (63,993)

Kurang 3 % (2,119)

Undi diperolehi BN

32,562

30,252

-2,310

Undi diperolehi PAS

31,934

32,883

+949

Undi diperolehi BEBAS

628

193

-435

Undi rosak

931

665

-266

Peti Undi BN Menang

17

11

-1,207 undi

Peti Undi BN Kalah

21

27

+6





PRESTASI PETI UNDI

PETI UNDI

MAJORITI

PRU 2004

PRU 2008

PRK 2009

Pulau Rusa

-240

-360

Kg. Paloh

-337

-414

Losong Dato Amar

+117

+120

Losong Panglima Perang

-10

-87

Losong Hj. Mat Shafie

-388

-399

Seb. Baruh

-123

-200

Wakaf Beruas

-165

-252

Merbau Patah

-89

-146

Durian Burung

+21

-151

Sg. Rengas

-9

-166

Wakaf Mempelam

-25

-6

Tok Ku

-247

-302

Cabang Tiga

-242

-307

Hiliran Masjid

-100

-157

Losong Masjid

-377

-388

Pulau Kambing

+289

+265

Kg. Cina

+396

+457

Pejabat Bandaran

+254

+162

Paya Bunga

+258

+210

Pantai

+53

-100

Ladang

-238

-380

Mengadang Akar

+235

+74

Batas Baru

+376

+224

Gong Kapas

+350

+150

Pasir Panjang

-105

-249

Bukit Bayas

-39

-115

Bukit Besar

+49

-61

Pantai Batu Buruk

+77

-16

Mengabang Tengah

-206

-188

Chendering Pantai

-13

-169

Kg. Kuala Ibai

+285

+176

Chendering

+315

+242

Kg. Kolam

-416

-542

Kg. Nibung

-215

-259

Gong Tok Nasek

+5

-59

Bkt. Depu

-84

-156

Permint Jaya

+253

+93

Kenanga

+47

-128




Hantarkan berita PRK Kuala Terengganu ke:bnkualaterengganu@gmail.com

26.1.09

PETEH : Siapa Peteh siapa ??




Hantarkan berita PRK Kuala Terengganu ke:bnkualaterengganu@gmail.com

25.1.09

LAPORAN JAWATANKUASA PEMANTAU-Post Mortem Bah II

Sambungan dari bah.I
KESIMPULAN TERHADAP KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL


Berdasarkan maklumat yang didapati, walaupun menang PAS sebenarnya tiada isu. Sebaliknya PAS banyak menumpang atau mengambil kesempatan daripada isu BN sendiri seperti isu calon & projek pembangunan mega seperti TTI & Monsoon Cup.

Begitupun, faktor-faktor yang dirasakan menyumbang kepada kekalahan BN adalah :



1. JENTERA PILIHANRAYA YANG TIDAK MANTAP


Jentera pilihanraya peringkat Parlimen pada keseluruhannya dilihat amat lemah bermula dari atas hingga ke bawah. Walaupun pengumuman calon dibuat awal, tetapi jentera dilihat lebih bersikap tunggu dan lihat. Jentera seolah-olah tidak bersedia untuk menghadapi pilihanraya dan lebih mengharapkan “peruntukkan” semata-mata. Ketidaksediaan mengakibatkan ketidakselarasan pergerakan antara di antara jentera.

Pengarah Pilihanraya peringkat Parlimen dilihat tidak berkemampuan untuk menggerak dan menyelaras jentera pilihanraya

Beberapa jentera jelas memperlihatkan ketidakcekapan seperti :

Bilik Gerakan : tidak berfungsi malah boleh dikatakan tiada langsung

Pengundi luar : tiada gerakan untuk membawa pulang, senarai yang tidak
lengkap, lambat dihantar & tangkap muat serta tidak selaras
: mekanisma pembayaran tidak efisyen, pengundi terpaksa ke sana-sini menuntut bayaran dan rasa hampa.

Kenderaan : Bilangan kenderaan yang dilihat pada hari mengundi tidak
sebanyak yang disenaraikan, pengangkutan pengundi tidak atau kurang kelihatan

Penerangan : tidak terkini dan tidak pelbagai seperti pihak lawan, gagal
memikat pengundi, gagal menangani isu yang pelbagai.

Contohnya Kain rentang di bawah menunjukkan satu usaha provokasi PAS terhadap BN khususnya UMNO untuk mempengaruhi para pengundi

2. CALON

Walaupun sepatutnya yang bertanding adalah parti dan bukannya calon, tetapi setiap kali pengumuman calon dibuat, pemimpin & ahli UMNO sendiri terjebak mensensasikan isu ini sehingga memberi kelebihan kepada lawan tanpa ada rasa tanggungjawab kolektif untuk mengenengahkan calon yang telah terpilih mewakili parti. Sebaliknya pemimpin & ahli UMNO masih terbawa-bawa dengan cara pemilihan di peringkat bahagian.

Peribadi calon yang didakwa sebagai ego, elit dan bangsawan seolah-olah diakui oleh Jentera UMNO sendiri dan pemimpin UMNO tempatan samada di peringkat cawangan sehingga ke peringkat tinggi.

Di dalam suatu ceramah Parti Keadilan Rakyat, penceramah menyatakan bahawa calon BN bukan sahaja ditolak oleh PAS malah oleh orang BN /UMNO sendiri.

......bersambung ke bah.III


Hantarkan berita PRK Kuala Terengganu ke:bnkualaterengganu@gmail.com

24.1.09

Sajak - Pesan Ayah....

Dengarlah Awang....mek.....

Deris Jusoh lepas perasaan Mat Said ?????



Mamat mamat yang hadir adalah geng Natang's terdiri dari Rosol Ajil, YB Mohd Nor MP H.Trg, YB Alias Abdullah dan YB Din Adam.Kesempatan ini telah digunakan sebagai gathering the Natang's Geng.

Hantarkan berita PRK Kuala Terengganu ke:bnkualaterengganu@gmil.com

LAPORAN JAWATANKUASA PEMANTAU-Post Mortem

LAPORAN JAWATANKUASA PEMANTAU
BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI TERENGGANU
SEMPENA PILIHANRAYA KECIL P036 KUALA TERENGGANU


KEANGGOTAAN

Pengerusi : YBhg. Dato’ Hj. Awang B. Jabar
Timb. Pengerusi I : Nik Mohd Nasir B. Nik Husin
Timb. Pengerusi II : Mohd Rafaei B. Adnan
Setiausaha : YBhg. Dato’ Dr. Hj. Rosli B. Mat Hassan
AJK : YBhg. Dato’ Hj. Ismail B. Said
: YBhg. Dato’ Hj. Yahya B. Hashim
: Hj. Yusof B. Musa
: Hj.Long B. Abd. Rahman
: Hj. Abd. Majid B. Mohamad
: Hj. Harun B. Ali

AKTIVITI

1. Mesyuarat Penyelarasan pada 11 & 15 Januari 2009

2. Mengadakan pertemuan dengan Pemantau BN dalam Pasukan PP-PRK SPR 13 Januari 2009

3. Menghadiri Program Sarapan Bersama YAB. Timbalan Perdana Menteri pada 10 Jan 2009

4. Menetapkan AJK Pemantau di setiap DUN dengan fokus :

i. Memantau perjalanan kempen pilihanraya kecil
ii. Memantau sokongan ahli kepada Parti

ISU-ISU

Kesimpulan isu yang didapati :

1. Jentera pilihanraya BN kurang lancar dan tidak berkesan.

2. Wakil Parti dalam pasukan PP-PRK SPR kurang berkesan. Dipersoal kaedah dan kriteria pemilihan.

3. Ketua Cawangan Kubang IKan didakwa sebagai pernah berkata “kalah BN lagi baik.”

4. Dakwaan peruntukan tidak turun dari Perhubungan kepada Bahagian.

5. Dakwaan peruntukan tidak sampai ke grass-root (pemuda, cawangan).

6. Dakwaan pengagihan atap biru yang tidak sampai ke sasaran.

7. Pengundi Cina bukan tidak menyokong BN sebaliknya marah kepada MCA.

8. Lebih elok jika bekas-bekas calon di Ladang turun padang.

9. Mengesan beberapa kesalahan pemasangan poster seperti di Pusat Pembuangan undi di SMK. Panji Alam & SRK. Seri Budiman. Didapati pasukan PP-PRK SPR tidak mampu menjalankan tugas dengan berkesan ekoran halangan penyokong lawan.

Nanti sambungannya......





Hantarkan berita PRK Kuala Terengganu ke:bnkualaterengganu@gmil.com

19.1.09

Sajak - Pesang Ayoh

Dengorlah awang, mek…
Dengorlah ayoh nok pesang
Bukang ‘tuk ayoh
Bukang jugok ‘tuk saing-saing ayoh
Tapi untuk mung awang
Untuk mung mek
Untuk masa depang mung
Masa depang anok cucu mung.


Dengorlah awang, mek
Dengorlah mollek pesang ayoh ning
Kalu nok pilih pemimping pilihlah hok berilmu, hok juruh hok berimang
Jangang pilih hok peranga huduh, hok gila kuase, makang rasuoh
Bumi kita ning bumi bertuoh awang, mek
Teranung Darul Imang
Tempat lahir tempat semadi ulama’ sohhor.


Awang, mek…
Dok saloh kalu mung pilih pembangunang
ayoh pung nok pembangunang
Kadang kalu mung nok sohhor dengang Bandoraye
Kalu mung nok beragah dengang Sejid Kristal
Kalu mung nok belagok dengang kapa layor Moonsun Cup
Baik mung renung dulu pesang ayoh ning.


Awang, mek…
Jamang saing ayoh jadi pemimping dulu
Ade wat jugok pembangunang
Walopung jamang tu dok pasal-pasal pitih royalti kena sekat
Walaupung jamang tu pelabur asing ye sekat jangang wi mari ke Teranung
Tapi syarikat dok bengkrap
TDM utung berganda-ganda
Pitih zakat bertamboh-tamboh.


Awang, mek…
Jamang saing ayoh dulu, ye dok wat pembangunang gile gile
ye dok giller wat pembangunang hok dok pernoh dikelih rakyat Teranung
ye dok wat keje gile wat Sejid Kristal tempat tak dok orang duduk
Hok ade bewok dengang kattok je
ye dok wat maing kapal layor Monsoon Cup perabih jute-jute
Rakyat kelip pah kelip pah putih mata
Seseng habuk dok leh hasil
Hok nyaknyenye sebbeek dumoh
nok tubik mmukkat pung dok leh.


Awang, mek…
Jamang saing ayoh dulu ye dok wat projek hok buleh utung masuk kocek die
Tapi pembangunang insang hok ye tekang
Syarok dang keadilang hok ye pupuk
Ilmu dang akhlok hok ye semai
Biar esok-esok anok cucu die jadi insang budimang
ye bbangung KOSTAQ, SRAB, KUSZA
ye mmajju Sekoloh Agama Rakyat, Sekoloh Pondok
Nok kelih esok-esok anok cucu die jadi orang hebat
Jadi pakor jadi ilmuwang tapi dok makang pitih dok telang rasuoh
Bukang jadi samseng jadi repit
Bertumbuk bergocoh dok kire jatang dok kire ttine


Awang, mek…
Pemimping lening janji projek jute-jute
Konong nok buka peluang keje
Padehak hok nganggur berlambok lana
Hok dok cukup makang
Hok atap rumoh bocor lata reput dinding berlubang
Hok tu pung dok selesaiang



Kalu awang dengang mek ingat…
Jamang saing ayoh dulu 4 tahung turut-turut Teranung boleh UPSR terbaik.
ye tutup tol, dok ambik cuka pitu cuka bakul
Dok mewwoh dok borroh pasal nok keliiih nyer rakyat hidup senang
Hok negge, hok bborrong hok jajje
ye do’a mudoh-mudohang buleh utung lebih berkat rezeki.



Ingat lagi ke awang dengang mek?
Jamang saing ayoh dulu ye tamboh pitih batuang ke orang sekking
ye nnaik elaung imang bilal
ye usaha Ladang Rakyat biar rakyat buleh hasil, biar rakyat ada harte
kadang hari ning gok sedih…
mari pemimping Hadhori ye nnaik harge minyok
harge barang habis pakat naik
beras susu sayur ikang
rakyat jugok hok sekse
kais pagi kais petang
cari seseng due




Kalu awang dengang mek ingat lagi…
Jamang saing ayoh dulu
ye bbaggi ke rakyat sekking, hok dok sekking pung tapi layok ye buwi jugok
Tanoh wat rumoh, tanoh cucuk tanang
ye bbaggi belake dok kira Melayu dok kira Cina India
Biar rakyat boleh hasil
Biar rakyat ada harte.



Kadang gok, jamang saing ayoh dulu dok lame
Naik pemimping BN abis ye wat gile
Mende dose rakyat?
Sapa larat sanggup ye rombok rumoh-rumoh, ye rapah tanoh-tanoh rakyat
Base jenih peranga ape ni dekki dok sudoh
Kalu awang, mek tengok tibi
Rakyat Palesting mati-matiang jjuang tanohair die dari Zionis kapir Yahudi
Ning same-same Melayu, same-same Islang ye wat zaling
Sapakang sejjid pung tergamok ye sodok.



Ingatlah awang, mek…
Nok pilih pemimping biar hok jujur hok ikut hukung
Bukang jenih hok tamok kuase, ikut hati ikut rase



Kalu same sediri pung balloh kelahi
Pasal berebut ke jawatang
Kalu same sediri pung maing tabur pitih
Pasal nok sokongang
Doh lagu mane nok pimping rakyat dengang molek, dengang adil dengang amanoh
Kalu same sediri pung tak dok rase hormat
Semeteloh dengang kite rakyat bowohang.



Awang, mek…
Dengorlah mollek pesang ayoh ning
Katenye konong nok jjuang hok orang Melayu
Kalu raja hok kite daulat selame ke ning
Hatta Cina India pung same turut daulat
Tapi berani ye ggellor ‘natang’.
Ye ggellor ‘natang’ ke raje…
Layok ke orang lagu ni nok bela Melayu?
Layok ke orang lagu ni nok bela Islang?
Layok ke orang lagu ni nok pimping rakyat Kuala Teranung?



Sedorlah awang, berubohlah mek…
Jadi-jadilah undi Barisang
Kalu dok sapa ke anok cucu dok ssudohang cerita susoh derita rakyat
Hok senang-lenang suku sakat die je.



Awang, mek…
Jadi-jadilah undi Bi Eng
Kita pakkat undi PAS belake seme.


Kuala Terengganu
Disember 2008









Hantarkan berita PRK Kuala Terengganu ke:bnkualaterengganu@gmil.com