8.12.08

Mesyuarat BN esok bincang pilihan raya kecil

PUTRAJAYA: Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) esok akan menumpukan kepada strategi dan persiapan awal pilihan raya kecil Kuala Terengganu 17 Januari ini.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata: "Antara agendanya ialah tentang strategi apa yang patut dilakukan dan bagaimana untuk mendapat majoriti lebih baik daripada 628 undi pada pilihan raya umum lalu."

"Kita juga mempunyai strategi tertentu untuk memastikan petugas hanya memberi tumpuan kepada kempen pilihan raya kecil dan bukan ambil kesempatan raih sokongan untuk pemilihan parti," katanya kepada pemberita pada majlis korban sempena sempena Hari Raya Aidiladha peringkat Parlimen Putrajaya di sini hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 6 Januari sebagai hari penamaan calon manakala pengundian diadakan pada 17 Januari jika ada pertandingan.

Pilihan raya kecil Kuala Terengganu terpaksa diadakan berikutan kematian Anggota Parlimen kawasan itu, Datuk Razali Ismail pada 28 November lepas.
Razali, yang juga Timbalan Menteri Pelajaran mengekalkan penguasaan kerusi BN, apabila memperoleh 32,562 undi menewaskan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu (31,934 undi) dan calon bebas, Maimun Yusof (685 undi).

Mengenai calon yang bakal dipilih, Tengku Adnan berkata ia akan diumumkan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam masa segera selepas meneliti beberapa kriteria tertentu yang diguna pakai selama ini.
Nota : Masa PRK Kuala Berang ogos 2004, begitu ramai yang datang berkempen untuk calon MT Umno, nasib baik BN Menang.Harap pemantauan dibuat sebaiknya.Jangan pula nanti perwakilan bahagian di rasuahkan di Kuala Terengganu.

Maklumat Mengenai Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu

- Pegawai Pengurus: Datuk Razali Kassim, Datuk Bandar Majlis Bandar Raya Kuala Terengganu

- Penolong Pegawai Pengurus: 6 orang

- Tarikh penamaan calon: 6 Januari [ Rabu]

- Tarikh pengundian: 17 Januari (Sabtu)

- Jumlah pemilih: 80,229 orang

- Pengundi biasa: 79,194 orang

- Pengundi pos: 1,035 orang

- Pusat mengundi: 36

- Saluran mengundi: 143 saluran

- Petugas: 877 orang

Wan Farid Calon BN Kuala Terengganu ??

Betul ke Wan Farid bakal menjadi calon PRK Parlimen K. Terengganu nanti? Itulah suara2 yang bertiup dari negeri Pantai Timur itu yang sampai di telinga aku. Sahih atau tidak belum dapat dipastikan memandangkan UMNO Terengganu pun belum bermesyuarat untuk memilih calon.

Bagaimanapun khabar angin itu ada lojiknya juga memandangkan Wan Farid yang tidak dicalonkan pada PRU-12 lalu adalah kawan karib Khairy dan kemudian dilantik sebagai senator untuk menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri. Tambahan pula beliau adalah Ketua UMNO bahagian Kuala Terengganu.

Jadi calon favorite di mata Pak Lah sudah pastilah Wan Farid.

Tetapi yang menjadi penghalangnya ialah MB Terengganu sendiri memandangkan (khabarnya) Wan Farid bukan orang Ahmad Said.

Aku harap semua pihak tidak melatah dengan tulisan aku ini sebab ia bukan berita yang sahih.
Apa-apapun sebaiknya kita tunggu dan lihat....!

Petikan : http://mesintaipburuk.blogspot.com

Nota : Semua orang berhak dan bebas memberi pandangan, keputusan muktamad di tangan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu.

Ahmad Shabery yakin BN menang di Kuala Terengganu

TUMPAT 6 Dis. _ Barisan Nasional (BN) yakin akan mampu mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada pilihan raya kecil 17 Januari depan berdasarkan kepada situasi politik semasa yang jelas membuktikan pakatan pembangkang telah gagal melaksanakan tugas mereka dengan baik.

Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, kerajaan BN telah menjalankan tugas mereka secara baik dengan mengotakan semua janji yang diberikan pada pilihan raya umum itu.

Antaranya menurut beliau, kerajaan terus menurunkan harga minyak mengikut pasaran dunia seperti yang dijanjikan dan ini telah melegakan rakyat yang sedar bahawa kerajaan memang prihatin terhadap nasib mereka.

“Berbeza dengan pakatan pembangkang yang masih gagal mentadbir dengan baik negeri yang dimenangi mereka, malah banyak janji pilihan raya lalu telah tidak dikotakan sehingga kini,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata demikian kepada pemberita selepas melawat pusat pemindahan mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Bunohan di sini hari ini.

Pilihan raya itu diadakan berikutan kematian Ahli Parlimennya, Datuk Razali Ismail pada 28 November lalu. - Utusan
Nota: Manafaatkan RTM sepenuhnya Datuk.

BN jangka menang besar di Kuala Terengganu

Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu akan diadakan pada 17 Januari 2009 dan hari penamaan calon pula pada 6 Januari. Pengumuman ini telah dibuat oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang pada sidang akhbar di Ibu Pejabat SPR, di Putrajaya, jam 11.30 pagi Jumaat.



Ini bermakna tempoh kempen pilihanraya kecil yang kali kedua diadakan selepas pilihanraya umum 8 Mac lalu ialah selama 11 hari. Pilihanraya kecil ini akan diadakan berikutan kematian Ahli Parlimen BN Datuk Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran.



Pertembungan antara BN dan Pakatan Rakyat dijangka antara UMNO dan PAS. UMNO akan mempertahankan kerusi ini yang mana pilihanraya ini akan menyaksikan sokongan yang sama berat dan UMNO pasti mahu mempertahankan kerusi ini. Tidak seperti di Permatang Pauh yang merupakan kubu kuat Anwar Ibrahim, kali ini pembangkang akan menghadapi jalan yang sukar untuk memenangi kerusi ini. Jentera UMNO dan BN telah bersedia untuk mengempur Kuala Terangganu dan memastikan satu kemenanagan yang bermakna khususnya yang akan menjadi satu penghormatan oleh rakyat di Kuala Terengganu kepada Allahyarham DatukRazali. BN dijangka akan mendapat kemenanagan yang lebih besar kali ini.
Oleh: Ismail Hassan

BN jangka saingan sengit...


Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said menjangkakan Barisan Nasional (BN) akan menghadapi saingan sengit bagi mengekalkan kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada pilihan raya kecil yang bakal diadakan ekoran kematian penyandangnya, Datuk Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, Jumaat lalu. Katanya, ini berikutan, tiga kerusi Dewan Undangan Negeri dalam kawasan Parlimen tersebut dikuasai PAS manakala BN hanya menang satu kerusi sahaja.


Ditanya sama ada BN telah mengenalpasti calon yang akan diketengahkan pada pilihan raya kecil berkenaan, Ahmad Said berkata, beliau belum mempunyai sebarang nama untuk dicalonkan. “Kita akui mungkin berhadapan pertandingan sengit tapi kita akan tetap akan pertahankan,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada para pemberita hari Isnin selepas majlis menandatangani perjanjian Projek Buku Elektronik antara Kerajaan Terengganu dengan Intel (Malaysia) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Kuala Terengganu.



Nota: Sebagai pengerusi Perhubungan Umno, Dato' Ahmad Said diharap dapat memilih calon yang sesuai dengan citarasa pengundi Kuala Terengganu,Ucapan beliau sebelum ini yang menyebut bahawa bahagian Kuala Terengganu merupakan bahagian yang sangat bermasalah mesti diambil kira.Kuasa penentu dari ketua perhubungan mesti digunapakai.