8.12.08

BN jangka menang besar di Kuala Terengganu

Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu akan diadakan pada 17 Januari 2009 dan hari penamaan calon pula pada 6 Januari. Pengumuman ini telah dibuat oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang pada sidang akhbar di Ibu Pejabat SPR, di Putrajaya, jam 11.30 pagi Jumaat.



Ini bermakna tempoh kempen pilihanraya kecil yang kali kedua diadakan selepas pilihanraya umum 8 Mac lalu ialah selama 11 hari. Pilihanraya kecil ini akan diadakan berikutan kematian Ahli Parlimen BN Datuk Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran.



Pertembungan antara BN dan Pakatan Rakyat dijangka antara UMNO dan PAS. UMNO akan mempertahankan kerusi ini yang mana pilihanraya ini akan menyaksikan sokongan yang sama berat dan UMNO pasti mahu mempertahankan kerusi ini. Tidak seperti di Permatang Pauh yang merupakan kubu kuat Anwar Ibrahim, kali ini pembangkang akan menghadapi jalan yang sukar untuk memenangi kerusi ini. Jentera UMNO dan BN telah bersedia untuk mengempur Kuala Terangganu dan memastikan satu kemenanagan yang bermakna khususnya yang akan menjadi satu penghormatan oleh rakyat di Kuala Terengganu kepada Allahyarham DatukRazali. BN dijangka akan mendapat kemenanagan yang lebih besar kali ini.
Oleh: Ismail Hassan

1 comment:

mat_terab said...

Jangan mimpilah BN nak menang besar di kuala Terangganu silap haribulan BN boleh bungkus.......
Banyak isu BN perlu selesaikan di Terengganu yang menjadi senjata Pas...kita tengok siapa yang kena.........