7.12.08

WAN AHMAD FARID LAYAK



KUALA TERENGGANU - Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dilihat sebagai calon berkelayakan mewakili Barisan Nasional (BN) untuk bertanding dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu tidak lama lagi.

Pandangan itu dikemukakan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Terengganu, Senator Nordiana Shafie kepada Sinar Harian yang menyifatkan Wan Ahmad Farid sebagai tokoh politik berwibawa dan amat popular dalam kalangan masyarakat Kuala Terengganu.


Menurut Nordiana, selain itu pengalaman menjadi ketua UMNO bahagian selama dua penggal dan Timbalan Menteri Dalam Negeri juga adalah antara faktor mengapa beliau layak untuk dicalonkan.


Katanya, ciri seumpama itu memang diingini pengundi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu dan beliau yakin bahawa Wan Ahmad Farid mampu memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) sekiranya dipilih.


Bagaimanapun kata Nordiana, calon mutlak belum dipilih oleh pucuk pimpinan parti dan beliau hanya mendengar desas desus bahawa nama Wan Ahmad Farid tersenarai sebagai calon BN untuk mempertahankan kerusi tersebut.


Mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahukan Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu bertanding di kerusi itu, katanya, BN tidak boleh memandang ringan calon tersebut. Katanya, sekiranya benar Mohamad dicalonkan, persaingan dijangka sengit, apatah lagi pemimpin tinggi Pas itu tewas pada tangan Allahyarham Datuk Razali Ismail dengan majoriti kecil pada pilihan raya umum, Mac lalu.


“Saya harap semua parti yang bertanding akan berkempen secara berhemah dan mengikut lunas undang-undang agar proses buang undi berjalan lancar. Puteri Terengganu kini dalam proses mengumpulkan kembali jentera parti sebagai persiapan pilihan raya berkenaan,” katanya.

2 comments:

Unknown said...

Kalau nak jadi calon pilihanraya elok lah pilih anak tempatan, sebab kita nak pilih pemimpin bukan nak pilih penceramah agama, kalau nak pilih pemimpin mestilah pemimpin yang betul-betul memahami hati nurani dan dekat di hati masyarakat tempatan.
Kita bukan nak pilih penceramah agama, kalau nak pilih penceramah, tak apalah kita ambil penceramah dari luar, pasti berbondong-bondong orang tempatan nak dengar ceramah dia.

Anonymous said...

assalamualaikum..
kepada saudara alias mohd yusof..
nta kene belajar sejarah islam lebih lagi...
kita nak bawa rakyat kepada ISLAM..
kalu calon UMNo ni btol2 komited nak bawa islam,nak laksana syariat Allah,nak ubah perlembagaan UMNO/Malaysia,Insya Allah kami akan sokong..
tapi kalu calon UMNO ni bakal membawa kepada kehancuran..kami akan lawan walaupun habis harta kami diwakafkan u Islam,walaupun nyawa hilang dek FRu..kami akan lawan...ISlam pasti MENANG>>
TAKBIR!!!!