9.12.08

Kuala Terengganu lebih Panas- Zulkifli Nasir

Umno meramalkan pilihanraya kecil Kuala Terengganu pada 17 Januari depan akan menyaksikan pertarungan sengit antara BN dengan PAS, "lebih panas daripada pilihanraya Permatang Pauh."

Sebahagian puncanya, kata anggota biro penerangan Umno negeri Zulkifli Nasir, akibat sabotaj di kalangan penyokong Umno jika calonnya bukan ketua bahagian berkenaan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Tambahnya, pemilihan timbalan menteri itu "akan menyelesaikan banyak masalah tetapi tidak dapat menyelesaikan semua sekali."

"Peluang Datuk Wan Ahmad Farid menang lebih baik berbanding calon BN lain.

"Tetapi orang tidak suka kepada abangnya Datuk Wan Hisham.

"Orang kata, jangan libatkan Datuk Wan Hisham (dalam pilihanraya ini) kerana orang Umno tidak suka," kata Zulkifli, bekas ahli jawatankuasa bahagian Kuala Terengganu.

"Orang kata, kalau libatkan Datuk Wan Hisham mereka akan tolak semua.

Jadi Datuk Wan Ahmad Farid kena buang kepentingan keluarga dan kawan-kawan, sebaliknya mengutamakan kepentingan parti."

Wan Hisham, bekas seorang exco dalam pentadbiran Datuk Seri Idris Jusoh, gagal mempertahankan kerusi Ladang, Mac lalu.

Naib ketua bahagian Umno itu tewas kepada calon PAS Datuk Tengku Hassan Tengku Omar, bekas pegawai kewangan negeri, dengan majoriti tipis, 31 undi.

Zulkifli menambah, BN juga menghadap cabaran berat kerana terdapat penyokong Umno yang kecewa dengan kerajaan persekutuan yang dianggap sukar memberikan peruntukan kepada kerajaan Terengganu, termasuk gagal memulangkan wang royalti minyak.

"Orang marah kerana kerajaan negeri hari ini tidak boleh melaksanakan projek pembangunan kerana kerajaan pusat tidak beri wang tidak seperti zaman Datuk Seri Idris menjadi menteri besar," kata bekas setiausaha politik tokoh Umno negeri Tan Sri Yusuf Nor, kini pengerusi Felda.

"Jadi rakyat akan ajar BN dengan cara tidak mengundi calon parti itu."

Pilihanraya kecil Permatang Pauh, yang dimenangi penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ogos lalu digelar "ibu segala pilihanraya kecil" menyaksikan pertarungan sengit dan panas kedua-dua pihak.

Kuala Terengganu adalah pilihanraya kecil kedua selepas Permatang Pauh.

Sementara seorang ahli jawatankuasa Umno Kuala Terengganu, Sulaiman Ali bimbang akan berlaku pergaduhan dalam kempen mulai 6 Januari ini kerana kawasan itu dipenuhi oleh orang luar yang ghairah berkempen.

"Saya bimbang orang PAS membuat kacau tetapi orang Umno yang dapat nama (buruk)," katanya.

"Kita bimbang orang kita (penduduk tempatan) ganggu orang luar sehingga timbul pergaduhan."

Walaupun yakin peluang calon Umno menang lebih cerah berbanding PAS, beliau percaya faktor calon memainkan peranan utama.

"Tetapi ia bergantung kepada calon juga. Kalau letak Datuk Wan Ahmad Farid, peluang adalah 55 peratus, kalau calon lain hanya 45 peratus," katanya.

Untuk memastik BN mengatasi cabaran hebat PAS, parti itu perlu memperjuangkan isu orang Melayu untuk menarik sokongan majoriti hampir 90 peratus pengundi kawasan itu.

Umno bahagian Kuala Terengganu dijadual mengadakan mesyuarat khas, dipercayai membincangkan persiapan pilihanraya kecil tersebut, di bangunan pejabatnya di Gong Kapas, jam 9 malam ini.

Nota : Ustaz Zul kena faham, semua orang Kuala Terengganu tahu yang YB Dato' Wan Farid ni adalah adik kepada Datuk Wan Hishan, nak selindung macamana tu?

2 comments:

Anonymous said...

Apa ke bendanya nak riuh rendah lagi? Kita pakat2 sokong YB Dato' Wan Farid bertanding di Parlimen KT kali ni. Semua rakyat Kuala Terengganu tahu mainan Wan Farid-Sabri Alwi a.k.a. mat kerok-Wan Hisham masa mesyuarat agong bahagian KT tempohari. Faham2 jer laaa pengundi2 Parlimen KT.

Anonymous said...

Diperturunkan sekadar untuk renungan Mr. X-factor

..."For PKR strategist Saifuddin Nasution choosing a candidate is not only tough for Pas but also for Umno.

He said the late Datuk Razali Ismail, the man who narrowly edged out Mohamed and who died late last month had set a very high benchmark.

"He was a very popular MP, serving his constituents regardless of political affiliation. And he had a good track record as the state education director making him popular among the teachers," said the Machang MP..." sumber themalaysianinsider.com 10dis08.

Apakah warga-warga pendidik dalam parlimen ktrg akan bersama umno lagi setelah kehilangan bekas mp yang cukup mesra-pendidik? setelah bekas mp yang cukup mesra-pendidik tersebut dianaktirikan sendiri oleh bahagiannya? masyaAllah enta fikir2lah sendiri!