28.2.09

Analisis: Isu lapok punca BN K Trg Kecundang

ISU pembangunan, pendidikan, bantuan kewangan, peluang pekerjaan dan calon yang mempunyai kelulusan akademik yang baik, ternyata tidak dapat mempengaruhi serta menarik pemilih supaya mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu (P036), 17 jan lalau.

Malah, cuaca cerah dari pagi hingga petang tidak memihak kepada calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, 46, untuk mempertahankan kerusi Parlimen yang dimenangi Allahyarham Datuk Razali Ismail dengan majoriti 628 undi pada pilihan raya umum lalu.

Kekalahan dengan majoriti 2,631 undi itu ternyata memberi kesan besar kepada kerajaan BN selepas kepemimpinan parti, termasuk menteri yang berkampung di Kuala Terengganu selama 12 hari sejak penamaan calon, 6 Januari 2009 yamg lalu gagal mempengaruhi pengundi supaya memilih BN.

BN yang diwakili Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu hanya memperoleh 30,252 undi, Pas oleh Mohd Abdul Wahid Endut (32,883), manakala calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam 193 undi.

Daripada 36 tempat mengundi undi di Parlimen Kuala Terengganu, BN hanya menang besar undi pos apabila memperoleh 1,039 undi, Pas (86), manakala calon Bebas, satu undi.

Apa yang mengejutkan daripada tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) - Wakaf Mempelam, Batu Buruk dan Ladang - yang dikuasai pembangkang pada pilihan raya umum lalu, Pas kali ini melebarkan pengaruh apabila mendapat sokongan ramai bukan Melayu di DUN Bandar.

Di pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad dalam DUN Wakaf Mempelam misalnya, Pas terus mendapat sokongan padu apabila meraih 850 undi, manakala BN hanya 451.

Dua hari sebelum pengundian, pemimpin Umno yang ditugaskan berkampung di Wakaf Mempelam yang diwakili Mohd Abdul Wahid, begitu yakin bahawa kawasan itu akan memihak kepada BN berdasarkan penerimaan penduduk ketika kempen dari ke rumah ke rumah.

Keputusan pilihan raya kecil ini jelas menunjukkan kepemimpinan parti semua peringkat perlu menghayati peringatan yang pernah dibangkitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa lebih ramai ahli Umno yang mengkritik calon berbanding pembangkang. Apakah ‘peteh keting’ akan terus menjadi duri dalam daging pada setiap kali pilihan raya.

Kritikan berkenaan kini diterjemahkan dalam peti undi semalam apabila Wan Farid yang melepaskan jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Ahli Dewan Negara untuk bertanding kali pertama tewas dengan majoriti yang lebih besar. Terengganu yang mempunyai dua orang timbalan menteri sebelum ini hanya tinggal seorang Menteri, iaitu Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Antara faktor kekalahan Wan Ahmad Farid ialah hubungannya dengan pengundi dikatakan kurang mesra dan belum dikenali, walaupun memenangi jawatan Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu tanpa bertanding pada pemilihan parti, Oktober lalu.

Isu pembangunan kini dilihat sudah tidak relevan pada era globalisasi berbanding 1960-an kerana pemilih menganggap tanggungjawab menyediakan kemudahan asas, termasuk institusi pengajian tinggi dan perumahan adalah tugas Kerajaan Pusat.

Pas pula terus mencanangkan isu Islam yang berjaya memenangi sokongan pengundi Melayu yang mewakili 88 peratus pengundi, manakala pemilih pula tidak lagi melihat kepada kemampuan parti, sebaliknya lebih melihat kepada faktor kewibawaan, peribadi dan latar belakang calon.

Kempen dan kritikan melampau oleh laman portal atau blog yang banyak menjurus kepada keburukan dan kelemahan pentadbiran kerajaan dilihat berjaya mempengaruhi pemilih muda, terutama mereka yang berusia 40 tahun ke bawah.

Kini 63,993 pemilih sudah membuat pilihan dan Mohd Abdul Wahid sudah disahkan menang oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pilihan raya kecil ini. Sewajarnya semua pihak menghormati keputusan itu dan tidak lagi mengemukakan petisyen bantahan selepas ini.

*Wan Farid & Mat Kerak...sedarlah...dah dah lah menipunya...

27.2.09

Salahlaku Pengurusan UDM

Kakitangan
Universiti Darul Iman Malaysia
Kampus KUSZA
Gong Badak

8 Februari 2009


Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia(SPRM)

Yang Berhormat Dato’,

LUAHAN HATI KAKITANGAN UDM TERHADAP SALAH LAKU PIHAK PENGURUSAN UDM.

Dengan hormatnya kami merujuk kepada perkara di atas.

2. Silap laku pihak pengurusan tertinggi UDM adalah seperti berikut;

i. Dato’ Naib Canselor telah memaksa supaya cek pembayaran dibuat atas nama beliau bagi pembelian sebuah kereta VIVA melebihi harga kereta tersebut. Pembelian tersebut adalah dibawah skim pinjaman kenderaan beliau dengan UDM.

ii. Dato’ Naib Canselor telah memaksa bahagian pengambilan pelajar UDM untuk mendaftarkan anak saudara isterinya sebagai pelajar di Fakulti Pertanian dan Bioteknologi walaupun tiada pengambilan pelajar baru pada Sem II Sesi 2008/2009 diambil sesuai dengan arahan Kementerian Pengajian Tinggi. Pelajar ini telah berdaftar di UDM pada 30 Disember 2008 walaupun tidak mencukupi syarat kemasukan keperingkat ijazah sarjana muda seperti tidak ada kelayakan MUET, dan hanya bersijil SPM tanpa sijil matrikulasi ataupun STPM serta diploma tetapi dibenarkan untuk mengambil memasuki jurusan Sarjana Muda Teknologi Makanan. Anak saudara isterinya menjadi pelajar tunggal untuk semester ini dan pensyarah diwajibkan pengajar seorang pelajar sahaja. Pegawai gred N48 yang enggan meluluskan pengambilan anak saudaranya telah ditukarkan dari Bahagian Pengambilan Akademik ke Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan.

iii. Dato’ Naib Canselor juga telah menukar seorang kakitangan bahagian pembangunan (En. Muslim) ke bahagian perpustakaan kerana pegawai tersebut telah membuat laporan prestasi kerja yang tidak baik terhadap seorang kontraktor yang Dato Naib Canselor kemukakan.
iv. Dato Naib Canselor tidak membenarkan kakitangan yang ingin berjumpa walaupun beberapa kali membuat temujanji.

v. Pembelian komputer yang melebihi seratus buah yang berjumlah ratusan ribu tidak melalui tender seperti yang sepatutnya tetapi terus kepada pembekal komputer yang merupakan sepupu Dato’ Naib Canselor. Jenis komputer yang sama boleh didapati dengan harga yang lebih murah sekiranya melalui proses tender.



vi. Setiap kali program yang melibatkan penggunaan hotel di luar kawasan, hotel yang dipilih adalah di Villa Danialla Beach Resort, Jalan Tok Bali, Kelantan yang dipunyai oleh sepupu Dato’ Naib Canselor yang juga merupakan pembekal komputer di perenggan v di atas walaupun tempahan telah dibuat ditempat lain (surat dikepilkan).

vii. Pembinaan 3 buah bangunan untuk pusat teknologi maklumat, bangunan akademik dan pengubahsuaian bangunan Khadijah di Kampus KUSZA diberikan kepada perunding yang merupakan saudara Dato’ Naib Canselor.
viii. Pengubahsuaian UDM Kampus Kota yang menelan belanja yang banyak dibuat tidak melalui tatacara Jawatankuasa Tender.

ix. Program MANAGEMENT DEVELOPMENT WORKSHOP di Sungkai, Perak yang menelan belanja melebihi RM1 juta. (melebihi RM50,000 X 18 kumpulan) telah diberikan kepada PUNCAK LESTARI SDN BHD. Apakah justifikasi yang diberikan untuk melantik syarikat ini mengendalikan program yang melibatkan peruntukan yang besar begini.


x. Pendaftar yang pencen telah dilantik balik yang berstatus kontrak tidak menjalankan tugas untuk kemajuan kakitangan tetapi membawa masuk anak-anak saudara ke UDM. Ada di antara kakitangan di UDM mempunyai adik beradik dan ipar seramai 8 orang yang terdiri daripada pegawai-pegawai dan pensyarah-pensyarah.

xi. Kakitangan KUSZA yang bertaraf kontrak (ada yang berkhidmat melebihi 20 tahun) tidak disambung kontrak dan diberhentikan.

xii. Kakitangan UDM yang sebelum ini adalah kakitangan KUSZA tidak diberi tempat yang sepatutnya. Contoh pegawai yang bergred 52 dan 48 ditukarkan ke fakulti yang sepatutnya pegawai-pegawai ini menerajui pengurusan di unit-unit seperti Bahagian Pembangunan Organisasi dan Pentadbiran , Timbalan Pendaftar dan Bahagian Pengurusan Akademik.

xiii. Ini bukan surat layang. Sila siasat.

3. Diharap pihak YB Dato’ dapat mengambil serius perkara ini.

Sekian. Terima kasih

Yang benar,

t.t
Kakitangan UDM

22.2.09

Post Mortem BN PRK Kuala Terengganu

Salam pembaca,
Tidak sepayah mana bagi saya untuk mendapat lapuran ini dari pertugas Umno.
Dengan hanya ajak minum di Kedai depan Parking MPKT Jalan Sultan Ismail dan bayar RM10.00 ( Ringgit Malaysia : Sepuluh sahaja.) Maka Laporan Post Mortem PRK K.Trg pun berpindah ke tangan saya untuk di kongsi oleh kita semua:-

LAPURAN POST MOTERM PRK K.TRG 17.1.09


KEPUTUSAN : BN 30252, PAS 32883 Majoriti 2631

Jumlah PetiUndi 38, BN menang 10 (4 kawasan pengundi cina)

Petiundi yg menang :-

1. Petiundi Kg Cina Dun Bandar 457
2. Petiundi Pulau kambing Dun Bandar 265
3. Petiundi Chendering Dun BBurok 242
4. Petiundi Batas Baru Dun Ladang 224
5. Petiundi Kuala Ibai Dun BBurok 176
6. Petiundi Bandaran Dun Bandar 166
7. Petiundi gong Kapas Dun Ladang 150
8. Petiundi Paya Bunga Dun Bandar 150
9. Petiundi Losong D.Amar Dun WM 120
10. Petiundi Pemin Jaya Dun BBurok 93

Terdapat 8 petiundi kalah teruk iaitu :-

1. Petiundi Kolam Dun BBurok 542
2. Petiundi Paloh Dun WMempelam 414
3. Petiundi Losong Hj M.shafie Dun WMempelam 399
4. Petiundi Ladang Dun Ladang 380
5. Petiundi Pulau Rusa Dun WMempelam 360
6. Petiundi Sg Rengas Dun WMempelam 343
7. Petiundi Merbau Patah Dun WMempelam 307
8. Petiundi Tok Ku Dun Bandar 302

20 petiundi kalah dibawah 200 undi.


SEBAB-SEBAB KEKALAHAN

Terbahagi kpd 3 sebab utama.

1. Jentera Bahagian
2. Stratrgi Kempen
3. Calun





1. Jentera Bahagian

Jentera Umno Bahagian Kuala Terengganu berfungsi hanya 30% sahaja, tidak ada pengarah pilihanraya yg berfungsi, peranan penyelaras Du yg merupa ejen pembangunan Umno Bahagian tidak ada peranan. Jenter yang dikata bergerak 30% adalah setelah hari ketiga penamaan calun.
10 % ketua petiundi yang mampu memimpin, baki tidak berfungsi sebab kelemahan peribadi. Kesanya cawangan yg dibawah petiundi tidak bergerak dan ujud boikot di peringkat cawangan
Prosedur manual kerja pilihanraya tidak diujudkan secara proper, menyebabkan cawangan tidak kerja secara berkesan dan saling menyerah tugas petiundi kepada ajensi spt Kemas dll
Kewangan menjadi punca pertelagahan disetiap petiundi atas sebab Umno Bahagian tidak standardize amaun pemberian peruntukan diantara Dun-dun

2. Strategi Kempen

Kempen dijalankan tanpa isu besar, hanya isu local sahaja. Umno tidak pantau dengan baik isu menyebabkan calun menjadi sasaran pembakang dan juga setengah musuh calun.
Stratrgi sepatutnya dibuat mengikut petiundi. Setiap petiudi mesti diletak sasaran undi yg patut diperolehi BN.
Masalah dicawangan yg selalu timbul tidak dipantau oleh petiundi dan Pemantau Bahagian. Calun bergerak sendirian tanpa mengikut pattern sokongan pengundi, contoh; sepatutnya 8 petiundi yg kalah teruk pada PRU12 diberi tumpuan oleh calun, walau tak dapat beri kemenagan sekurang2 boleh kurang undi kalah
Pengundi dari saluran 1 kebanyakan menang manakala saluran orang muda BN kalah. Diperingkat petiundi tidak ada strategi disusun supaya orang muda datang kemarkas.
Wanita perayu undi yang masuk kampong tidak di bekal dengan maklumat yang strategic, tambahan pula Wanita Bahagian tidak salur elaun yang dilulus rm50 sehari tapi hanya diberi rm20 sahaja, ini menjadi demoralize.

3. Calun

Pengumuman calun 16 hari sebelum hari penamaan calun memberi kesan yang kurang baik kepada BN sebab dalam tempoh itu orang ramai menjadikan calun sebagai bahan perbincangan menyebabkan berbagai2 kelemahan calun dibongkar
Calun adalah seorang pemimpin yang tidak memiliki pengalaman mengendalikan pilihanraya, dimana bilamasa beliau tidak bertanding dalam PRU12 beliau tidak main peranan menerajui pilihanraya.
Calun telah dilemparkan dengan label “sombong” dimana satu tuduhan yang ada kena mengena dgn character beliau dan susah untuk di tepis oleh jentera parti melainkan beliau berubah.
Calun bergerak bersendirian tanpa mengikuti program yang diatur cawangan dimana lawatan beliau tidak banyak menarik undi.
Calun “over expose” kepada liputan midea terutama media eletronik dan apa jua statement yang dikeluarkan menampakkan kelemahan beliau kepada orang tempatan.
Calun juga telah melantik wakil calun yang tidak memiliki character yang boleh membantu calun. Kehadiran wakil calun tidak dirasai oleh jentera parti.
Calun tidak berupaya membaiki hubungan dengan keluarga Allahyarham Dato Razali Ismail, ini menyebabkan cerita ini tersebar dan membuat pengundi kalangan guru yang peminat Allahyrham tidak memihak kepada BN
Calun yang mengadakan mesyuarat lewat malam dengan jawatankuasa khas beliau dirumahnya tiap2 malam, menjadikan Badan Perhubungan sasaran tuduhan kononya Perhubungan sabotaj dgn tidak menghantar peruntukan.
Calun juga di sebar dengan maklumat yang beliau akan diangkat menjadi Menteri penuh selepas kemenangan dan ini menyebabkan musuh politik beliau kurang semangat bekerja.
Calun tidak jadikan rumah kediaman beliau sebagai ‘centre’ tempat himpunan penyokong beliau.
Calun telah melantik Timbalan Ketua Bahagian sebagai Pengarah pilihanraya dan ini tidak membantu beliau sebab Timbalan hanya ikut Menteri Pelajaran dan Naib Ketua Pemuda Malaysia dan meninggalkan ‘command centre”


Lain-lain hal

1. kedatangan bapa angkat peringkat Bahagian mahupun peringkat MKT banyak membantu petiundi.
2. Program pemuda di stdium back fire, dimana kemarahan pemuda yang tak dapat kupon, dan ada tuntutan kupong tidak dibayar.
3. Pengundi luar tidak diurus dengan berkesan.
4. cakap2 kedai kopi pasal kelemahan jentera Bahagian menyebabkan pengundi tidak minat dengan Umno.
5. Budaya samseng PKR pada hari pilihanraya berjaya mengurangkan orang Umno tidak keluar mengundi.
6. kerajinan YAB Menteri Besar Terengganu banyak membantu BN.
7. peruntukan 100K disalur oleh YAB melalui wakil rakyat tidak banyak membantu sebab garis panduan belanja tidak dibuat. Ada peruntukan dibolot oleh pengerusi dan ketua cawangan dengan membina jalan kg dll.
8. campurtangan Dato’ Idris dan Datuk Fatmi dalam membuat perang saraf ditolak oleh pengundi
9. jelas pada pilihanraya kecil ini pengundi tak boleh terima calun.
10. Peruntukan kewangan terlalu mewah.

Wassalam.