25.1.09

LAPORAN JAWATANKUASA PEMANTAU-Post Mortem Bah II

Sambungan dari bah.I
KESIMPULAN TERHADAP KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL


Berdasarkan maklumat yang didapati, walaupun menang PAS sebenarnya tiada isu. Sebaliknya PAS banyak menumpang atau mengambil kesempatan daripada isu BN sendiri seperti isu calon & projek pembangunan mega seperti TTI & Monsoon Cup.

Begitupun, faktor-faktor yang dirasakan menyumbang kepada kekalahan BN adalah :



1. JENTERA PILIHANRAYA YANG TIDAK MANTAP


Jentera pilihanraya peringkat Parlimen pada keseluruhannya dilihat amat lemah bermula dari atas hingga ke bawah. Walaupun pengumuman calon dibuat awal, tetapi jentera dilihat lebih bersikap tunggu dan lihat. Jentera seolah-olah tidak bersedia untuk menghadapi pilihanraya dan lebih mengharapkan “peruntukkan” semata-mata. Ketidaksediaan mengakibatkan ketidakselarasan pergerakan antara di antara jentera.

Pengarah Pilihanraya peringkat Parlimen dilihat tidak berkemampuan untuk menggerak dan menyelaras jentera pilihanraya

Beberapa jentera jelas memperlihatkan ketidakcekapan seperti :

Bilik Gerakan : tidak berfungsi malah boleh dikatakan tiada langsung

Pengundi luar : tiada gerakan untuk membawa pulang, senarai yang tidak
lengkap, lambat dihantar & tangkap muat serta tidak selaras
: mekanisma pembayaran tidak efisyen, pengundi terpaksa ke sana-sini menuntut bayaran dan rasa hampa.

Kenderaan : Bilangan kenderaan yang dilihat pada hari mengundi tidak
sebanyak yang disenaraikan, pengangkutan pengundi tidak atau kurang kelihatan

Penerangan : tidak terkini dan tidak pelbagai seperti pihak lawan, gagal
memikat pengundi, gagal menangani isu yang pelbagai.

Contohnya Kain rentang di bawah menunjukkan satu usaha provokasi PAS terhadap BN khususnya UMNO untuk mempengaruhi para pengundi

2. CALON

Walaupun sepatutnya yang bertanding adalah parti dan bukannya calon, tetapi setiap kali pengumuman calon dibuat, pemimpin & ahli UMNO sendiri terjebak mensensasikan isu ini sehingga memberi kelebihan kepada lawan tanpa ada rasa tanggungjawab kolektif untuk mengenengahkan calon yang telah terpilih mewakili parti. Sebaliknya pemimpin & ahli UMNO masih terbawa-bawa dengan cara pemilihan di peringkat bahagian.

Peribadi calon yang didakwa sebagai ego, elit dan bangsawan seolah-olah diakui oleh Jentera UMNO sendiri dan pemimpin UMNO tempatan samada di peringkat cawangan sehingga ke peringkat tinggi.

Di dalam suatu ceramah Parti Keadilan Rakyat, penceramah menyatakan bahawa calon BN bukan sahaja ditolak oleh PAS malah oleh orang BN /UMNO sendiri.

......bersambung ke bah.III


Hantarkan berita PRK Kuala Terengganu ke:bnkualaterengganu@gmail.com