13.12.08

Nak menang, tapi macam tak nak menang - Najib

Setiap kali musim pilihan raya baik pilihan raya umum mahupun pilihan raya kecil, parti-parti yang bertanding akan menyuarakan keyakinan mereka akan meraih kemenangan. Para pemimpin dan pengikut parti akan melaungkan pelbagai slogan bagi membayangkan hasrat mereka untuk menang.

Namun bagi Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, laungan atau luahan kata-kata semangat seumpama itu tidak memadai kerana ia perlu disusuli dengan tekad dan tindakan.

"Siapa nak kalah? semua mahu menang tetapi kadang-kadang kita luahkan saja UMNO akan menang atau saya nak menang tetapi amalan, perbuatan, tingkah laku kita tak cerminkan orang yang nak menang pilihan raya," katanya.

Sehubungan itu, di samping mahukan agar keinginan untuk menang ada di dalam hati setiap ahli UMNO, beliau turut menegaskan keinginan itu perlu dibuktikan melalui kerjasama dan kesepakatan sesama ahli-ahli parti.

Beliau berkata demikian semasa melancarkan jentera pilihan raya UMNO dan menutup Pemukiman UMNO Terengganu di Taman Tamadun Islam hari Sabtu.

Najib yang menekankan perlunya semua pihak berusaha bersungguh-sungguh menjamin kemenangan parti pada pilihan raya kecil itu yang akan diadakan pada 17 Januari depan, mahu setiap ahli meletakkan kepentingan parti serta menghormati keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan.

Katanya, calon yang diputuskan oleh parti mestilah mendapat sokongan daripada semua pihak dan setelah keputusan dibuat, semua harus bekerja untuk menjamin kemenangan parti.

Serentak dengan itu, beliau mengingatkan bahawa pengundi adalah faktor paling penting yang perlu diberi keutamaan oleh semua ahli-ahli UMNO termasuk calon yang bakal bertandingan pada pilihan raya kecil itu nanti untuk menjamin kemenangan parti itu.

"Kita mesti faham dalam masa pilihan raya yang lebih penting bukanlah jentera UMNO, bukan ketua cawangan dan bukan ahli jawatankuasa cawangan tetapi pengundi yang paling penting kerana mereka adalah "raja" semasa pilihan raya.

"Sesiapa saja jadi calon tak penting tapi yang utama dia mestilah seorang yang merendah diri, tidak sombong, mesra rakyat, bersalam dengan semua orang, buatlah cara yang disenangi pengundi kerana mereka juga akan sayang kita sebab perwatakan kita itu," katanya.

Dalam ucapannya juga Najib menegaskan bahawa kemenangan calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil berkenaan penting bagi menunjukkan kebangkitan parti itu selepas kalah pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh. Ogos lalu.

“Kita mesti menang sebab kita nak jadikan kemenangan ini sebagai satu titik permulaan BN dan UMNO untuk bangkit dari kekalahan di Permatang Pauh.

“Kita nak bagi isyarat yang jelas kepada negara dan satu dunia yang rakyat negara ini memilih BN sebagai parti mereka,” kata beliau.


Hantarkan berita PRK Kuala Terengganu ke:bnkualaterengganu@gamil.com

Pemimpin Parti Perlu Bersikap Rendah Diri

Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak berucap ketika melancarkan Jentera Pilihanraya P036 Parlimen Kuala Terengganu di TTI, Kuala Terengganu.

imbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak hari ini menyarankan semua pemimpin parti sentiasa bersikap rendah diri dan berbudi bahasa untuk memenangi hati setiap lapisan masyarakat. “Tidak rugi jika kita selalu mendekati orang ramai dengan ramah dan sopan kerana mereka akan menyenangi dan memilih kita untuk menjadi pelindung mereka,” katanya di majlis penutup Pemukiman UMNO Terengganu dan Pelancaran Jentera Pilihanraya P036 Parlimen Kuala Terengganu di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu hari ini (13 Disember).


Dato' Seri Najib menyerahkan bendera Barisan Nasional kepada jentera Pilihanraya sambil diperhatikan Menteri Besar, Dato' Ahmad Said.
Katanya, jika mahu melihat perpaduan dan keharmonian diperingkat akar umbi, orang atasan hendaklah bersatu dan menunjukkan teladan yang baik agar dihormati oleh masyarakat. “Masyarakat tidak menilai seseorang pemimpin itu ada pangkat apa atau daripada universiti mana tetapi peribadi dan tingkah laku seseorang itu akan jadi perhatian mereka,” katanya.

Timbalan Presiden Umno menunjukkan replika "Undilah Barisan Nasional" sebagai gimik pelancaran Jentera Pilihan raya Kecil Kuala Terengganu.

Timbalan Perdana Menteri melahirkan harapan agar rakyat terutama di kawasan peti undi Parlimen Kuala Terengganu menerima Barisan Nasional.

Mengenai pilihanaraya kecil Parlimen Kuala Terengganu, Dato’ Seri Najib melahirkan harapan agar semua orang menerima keputusan pucuk kepimpinan parti jika ingin melihat kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional (BN).
“Jangan berlaku calon bukan pilihan, kita terus mengkhianati parti, jika inilah sikap mereka, pasti mereka bukan penyokong sebenar BN, mereka hanya bermuka-muka sebenarnya,” katanya.
Katanya, bila tiba pilihanraya, pengundi itulah raja yang akan menentukan kalah menang seorang calon, oleh itu jawatan ketua kampung atau ketua bahagian tidak penting yang perlu dijaga ialah pengundi di kampung-kampung.

Hantarkan berita PRK Kuala Terengganu ke:bnkualaterengganu@gamil.com

Royalti Kembali Ke Terengganu

Dato' Seri Najib menyerahkan replika cek kepada Dato' Ahmad pada majlis Penyerahan Royalti Minyak Separuh Kedua 2008 di Stadium Negeri.
Penantian rakyat Terengganu untuk melihat hasil royalti minyak diserahkan kepada Kerajaan Negeri kini menjadi kenyataan apabila Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyerahkan cek RM408.6 Juta.

Cek berkenaan diterima oleh Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said sambil mendapat tepukan daripada 2,000 hadirin yang bertempat di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini (13 Disember).

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mokhtar Nong; Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah; Exco Kerajaan Negeri;


pegawai kerajaan dan orang ramai yang hadir pada majlis Penyerahan Royalti Minyak Separuh Kedua 2008 di Stadium Negeri.

Menteri kabinet yang hadir menyaksikan detik bersejarah berkenaan antaranya Menteri Penerangan, Dato’ Ahmad Shabery Cheek; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah; Senator Tan Sri Dato’ Muhammad Taib; Menteri Pelajaran, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Dato’ Muhyiddin Mohd Yassin serta Ketua Menteri Melaka; Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam.

Dato’ Seri Mohd Najib dalam ucapannya berkata dengan adanya majlis ini, harapan agar tidak lagi menjadi tanda tanya serta isu dikalangan rakyat.

“Kita tidak mahu rakyat Terengganu timbulkan satu tanda tanya, seolah-olah kita tidak yakin Kerajaan Negeri Terengganu untuk tadbir wang royalti,” katanya pada Majlis Penyerahan Royalti Minyak


Hantarkan berita PRK Kuala Terengganu ke:bnkualaterengganu@gamil.com

Calon di Putuskan Minggu Depan - TPM

KEKALKAN KEMENANGAN BN DI KUALA TERENGGANU

Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu akan diumum minggu depan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menyerahkan tanggungjawab untuk mengumumkan calon pada pilihan raya kecil itu kepada beliau.

"Presiden (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) sudah serahkan pada saya untuk umum (calon). Insya-Allah, bila saya datang minggu depan (saya akan umumkan).

"Minggu ini, tak nak umum calon sebab agenda kita adalah (melancarkan) jentera pilihan raya," katanya ketika merasmikan majlis penutup Pemukiman Umno Terengganu dan pelancaran jentera pilihan raya Kuala Terengganu di Taman Tamadun Islam di sini, Sabtu.

Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu diadakan berikutan kematian Datuk Razali Ismail Razali, penyandang kerusi itu, pada 28 Nov lalu. Sementara itu, ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan bayaran royalti minyak separuh kedua 2008 di Stadium Negeri di sini, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata beliau sudah menerima senarai nama calon BN yang dicadangkan untuk pilihan raya kecil tersebut.

Nantilah, tidak lama lagi. InsyaAllah saya akan umumkan...tunggulah. Tak kan saya nak umum dalam majlis (ini)," katanya sambil meminta semua pihak bersabar.

Antara nama yang disebut-sebut ramai pemerhati politik sebagai calon BN pada pilihan raya kecil itu ialah Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Lainnya ialah Timbalan Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu Mohd Sabri Alwi, Bendahari Badan Perhubungan Umno Terengganu Datuk Roslan Awang Chik, bekas Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Datuk Che Mat Jusoh dan Ketua Sektor (Akademik) Jabatan Pelajaran negeri, Zuber Embong.