13.12.08

Royalti Kembali Ke Terengganu

Dato' Seri Najib menyerahkan replika cek kepada Dato' Ahmad pada majlis Penyerahan Royalti Minyak Separuh Kedua 2008 di Stadium Negeri.
Penantian rakyat Terengganu untuk melihat hasil royalti minyak diserahkan kepada Kerajaan Negeri kini menjadi kenyataan apabila Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyerahkan cek RM408.6 Juta.

Cek berkenaan diterima oleh Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said sambil mendapat tepukan daripada 2,000 hadirin yang bertempat di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini (13 Disember).

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mokhtar Nong; Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah; Exco Kerajaan Negeri;


pegawai kerajaan dan orang ramai yang hadir pada majlis Penyerahan Royalti Minyak Separuh Kedua 2008 di Stadium Negeri.

Menteri kabinet yang hadir menyaksikan detik bersejarah berkenaan antaranya Menteri Penerangan, Dato’ Ahmad Shabery Cheek; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah; Senator Tan Sri Dato’ Muhammad Taib; Menteri Pelajaran, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Dato’ Muhyiddin Mohd Yassin serta Ketua Menteri Melaka; Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam.

Dato’ Seri Mohd Najib dalam ucapannya berkata dengan adanya majlis ini, harapan agar tidak lagi menjadi tanda tanya serta isu dikalangan rakyat.

“Kita tidak mahu rakyat Terengganu timbulkan satu tanda tanya, seolah-olah kita tidak yakin Kerajaan Negeri Terengganu untuk tadbir wang royalti,” katanya pada Majlis Penyerahan Royalti Minyak


Hantarkan berita PRK Kuala Terengganu ke:bnkualaterengganu@gamil.com

4 comments:

Anonymous said...

Mujur ada wakil rakyat mati: Royalti kembali ke Terengganu.

Kalu dato'zali dok mati , eh dok bau lagi royalti tu...

Yanaam said...

Eh royalti ke ? Dok ehsan kerajaan persekutuan je ? Cuba tanya semula Mahathir, Rais Yatim, Wan Mokhtar. Ke dia orang tu tipu je dulu ?

RM400 juta tu baru advance. Royalti sebenar akan dibayar mulai Mac, 2009. Kalu Datuk Zali dok mati, tak dok la advance.

Unknown said...

takat nie je lah duit royalt.... kalu kalah PRK nanti dok bau lah lagi duit royalti niee....

ALI MAIDIN said...

KALAU PEMBANGKANG TAK KUAT, TAK MERASA OIIII