27.12.08

RM6.1 Juta Untuk Masyarakat Cina KT

Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan RM3.3 juta untuk menambah baik dewan serbaguna yang sedia ada di Kampung Bukit Kecil.

Selain itu, Kerajaan Negeri turut meluluskan peruntukkan RM2.8 juta untuk kerja menaik taraf infrastruktur di sekolah SRK Chung Hwa Wei Sin, Kuala Terengganu.

Ia menjadikan peruntukkan bagi dua projek tersebut berjumlah RM6.1 juta diluluskan Kerajaan Negeri untuk masyarakat Cina Kuala Terengganu.

Menurut Dato’ Ahmad, Kerajaan Negeri komited membantu masyarakat minoriti tempatan dalam memenuhi keperluan golongan tersebut tanpa mengira batasan kaum.


Tambah Dato’ Ahmad, Kerajaan Negeri sedia memberi lebih banyak bantuan kepada golongan minoriti sekiranya golongan berkenaan menterjemahkan sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu yang akan diadakan pada 17 Januari 2009 nanti.

Dalam pada itu, Kerajaan Negeri akan menambah unit perkedaian di sekitar Bandar Kuala Terengganu pada tahun hadapan.

Jelas Dato’ Ahmad, ia sebahagian daripada perancangan yang dibuat oleh kerajaan pimpinan BN dalam memberi peluang lebih luas kepada rakyat tempatan termasuk masyarakat minoriti.


“Jalinan perpaduan yang utuh terjalin sejak zaman kemerdekaan lagi dikalangan semua kaum perlulah ditingkatkan terutamanya dalam menghadapi pilihanraya kecil Kuala Terengganu yang akan diadakan pada 17 Januari 2009,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis MB Bersama Warga Tionghua di Dewan Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Chung Hwa Wei Sin, Kuala Terengganu, hari ini, (26 Disember).

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar Negeri, Yb. Toh Chin Yaw; Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang juga calon BN bagi Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu (P36), Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan Timbalan Yang Dipertua Speaker Dewan Negara, Datuk Wong Fong Meng.

Bercakap mengenai calon BN dalam pilihanraya kecil itu, Dato’ Ahmad berkata, Senator Dato’ Wan Ahmad Farid telah membuat pengorbanan yang besar untuk meletakkan jawatan sebagai Timbalan pada 5 Januari nanti.



Tambahnya, gandingan parti komponen BN termasuklah MCA, Gerakan dan MIC hendaklah sentiasa bersandarkan kepada semangat setiakawan dalam memastikan BN terus bertapak di bumi Terengganu.



“Ini menunjukkan beliau ingin menjadi Menteri hasil sokongan rakyat tempatan,” katanya.



Sementara itu, bantuan Dana Khas Hari Raya Cina 2009 RM2.5 juta turut disumbangkan pada hari ini.


Hantarkan berita PRK Kuala Terengganu ke:bnkualaterengganu@gamil.com

7 comments:

Anonymous said...

dr. wan farid berkata undi orang2 cina di KT amat penting untuk memenangkannya di dalam prk parKT pada 17.01.09 akan datang. saya amat bersetuju dengan pandangan dr. itu! undi orang2 cina adalah undi penentu. pandangan dr. itu juga membawa makna bahawa undi orang2 melayu KT sudah tidak membawa makna kepada dr.! jaga mulut jangan celupar, jangan gatal.

Anonymous said...

saya cadangkan supaya datuk wan ahmad farid lantik orang cina Kuala Terengganu sebagai wakil calon datuk. konpem datuk boleh menang. PASti menang punya.

Anonymous said...

Rasuah projek...

Anonymous said...

padan gitu je lah awok puok2 bien. nak menang punye pasal.. tabur duit berjuta2. terima kasihhh!es

Anonymous said...

Bantuan dana khas ke umpan?...

Orang beri kain pakai..
Orang beri gula kacau..
....Err..sambung sendiri..
Lu pikir la sendiri..!

fathuze said...

well after general election, do u think the chinese will elect BN again?? in ur dream maaaaa...

mat_terab said...

Tabor jangan tak tabur tapi ingat....bukan rakyat kuala terengganu saja yang perlu bantuan rakyat tempat lain banyak lagi hidup melarat kenapa tak ambik endah...../