Oleh Pengulas Politik Khas
UMNO membuat keputusan yang awal bila mengumumkan Senator Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh, Timbalan Menteri Dalam Negeri sebagai calon pilihanraya kecil P.36, Parlimen Kuala Terengganu.
Pas masih tercari-cari siapakah calon yang sesuai. Walaupun Presiden Pas, Dato’ Seri Abdul hadi Awang mengatakan calon itu sudah ada dalam poketnya, tetapi mungkin ada lebih dari satu calon dalam poketnya itu dan tidak tahu yang mana satu hendak dikeluarkan nanti.
Pertikaian atau ketidakmampuan pemimpin-pemimpin Pas bersatu hati dalam memilih calon itu terserlah sehingga terpaksa anjak pengumuman kepada 1 Januari ini (harap-harap tidak dianjakkan lagi).
Musyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat awal-awal lagi hendakkan calon kesayangannya Mat Sabu dikekalkan sebagai calon walaupun ramai pimpinan Pas lain tidak bersetuju. Tidak diketahuilah sebabnya kenapa Mat Sabu ini pilihan dan disukai sangat oleh Datuk Nik Abdul Aziz; sudah tentu ada sebab dan rasionalnya atau ada memori dan nostalgia indah di sebaliknya.
Kita sangkakan kehendak dan kata-kata Mursyidul Am ini dihormati, rupanya masih dalam pertimbangan juga.
Saya bertanya YB Haji Khazan Che Mat, Naib Ketua Pemuda Negeri yang juga Exco Agama dan Penerangan Negeri Terengganu, makna Mursyidul Am ini; lalu beliau menjelaskan ialah sebagai “pembimbing.” dan amat tinggi kedudukannya di segi kerohanian.
Sebagai pembimbing dan peneraju tertinggi Pas dalam soal keagamaan dan kerohanian, sudah tentu petimbangan agama, kerohanian menjadi perkiraan Datuk Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menjadi ukuran penting bila memilih Mat Sabu.
Kalau pembimbing tertinggi tidak dihormati kepada siapa lagi hendak mendapatkan bimbingan oleh kalangan orang-orang Pas.
Dato’ Seri Abdul Hadi dalam kenyataannya semalam mahukan calon yang mempunyai ciri professional, berjiwa rakyat dan ada kekuatan dalam pelbagai aspek.
Adakah ciri-ciri ini dimiliki oleh Mat Sabu, Dato’ Mustaffa Ali (Yang DiPertua Pas Negeri Terengganu), Dato’ Wan Mutalib Embong (Yang DiPertua Pas Kuala Terengganu), Dr. Syed Azman (ADUN Pas Batu Buruk), Dato’ Abu Bakar Chik atau Dr Mohd Khazani yang juga disebut-sebut oleh kalangan pimpinan Pas.
Nama Khazani hampir-hampir serupa dengan YB Ustaz Khazan, Exco Agama dan Penerangan Negeri Terengganu yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Terengganu.
Mungkinkah calon baru Pas ini akan mengenepikan Mat Sabu calon pilihan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat?
Hantarkan berita PRK Kuala Terengganu ke:bnkualaterengganu@gamil.com
26.12.08
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
paku dulang paku serpih...masa prk permatang pauh pun 2X5 je..
Post a Comment