24.12.08

Tahniah untuk Ayub Mamat

Jentera Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu telah melantik presiden Kelab Wartawan Terengganu[KAWAT] sebagai koordinator sebarang bentuk sidang Media sepanjang kempen PRK Kuala Terengganu.

Pemilihan tersebut dilihat amat menepati dengan pengalaman dan kegigihan beliau sepanjang membantu umno/BN semasa Pilihanraya Umum ke-12 baru-baru ini.

Ayub Mamat yang bertugas di Utusan Malaysia dilihat mampu memikul tanggujawab tersebut dengan sempurna.Beliau yang juga merupakan penyunting kepada berita Terengganu FM sememangnya orang yang layak untuk tujuan tersebut.

Dengan kehadiran beliau diharap agar setiap perjalan sidang akhbar oleh pemimpin Utama BN nanti akan berjalan dengan sempurna.



Menurut Ketua Peti undi Umno Kuala Ibai, Haji Sulaiman Ali, dengan semangat gigih dan kecintaan yang tinggi kepada perjuangan BN, semoga dapat menyelaras semua kerja-kerja penerbitan berita, kewartawanan dan kenyataan akhbar sepanjang kempen nanti.


Semantara itu setiausaha eksekutif Pemuda umno Kuala Terengganu Encik Mohd Sufian bin Muhamad berkata dengan pengalaman luas sebagai wartawan dan pengalaman berceramah diatas pentas BN sepanjang kempen Pilihanraya Umum ke12 bulan Mac lalu, Ayub adalah pilihan yang menepati kehendak semasa.

Sebarang tujuan hubungi beliau : 013-9472 800

Tahniah untuk Ayub Mamat.

Hantarkan berita PRK Kuala Terengganu ke:bnkualaterengganu@gamil.com

5 comments:

Anonymous said...

piraaaahhhhhh.... busuk punya kaki pun boleh dilantik ke? wooiittt, tadok org lain ke? kalau ya pun, carilah org yg lebih berkaliber. ayub nin jadi 'penyelaras betina' bolehlah. satu lagi kena ingat, ayub nin kalu 'masyuukkk' kurang, sorilah brader. alahai... tanda-tanda awal kekalahan BN di P036. amin dan sodaqollahualazim...

Anonymous said...

bravo pencacai UMNO.berapa duit dapat?

Anonymous said...

P 36 bakal bergegar lagi.Kali ini P 36 bakal menjadi penentu kepada kemaraan PR kearah mengubah lanskap politik negara. Di ambang PRK yang bakal dilangsungkan, beberapa isu sudah mula dicipta. Hudud kembali bergema sebagai satu usaha menakutkan orang bukan Islam yang bersama PR. Calon PR dari PAS yang masih belum diumumkan turut dijadikan isu, kononya berlaku krisis dalaman PAS dan krisis dalaman PR.

Projek projek segera sudah mula sampai ke P 36. Pemberian percuma lap top kepada pelajar, projek PPRT dan berbagai lagi bakal berkumandang di seluruh Kuala Terengganu.Kesemua ini hanyalah lanjutan kepada kebiasaan UMNO ketika berdepan dengan mana mana PRK.Sekaligus ianya seolah menenggelamkan isu sebenar yang melanda kehidupan rakyat.Untuk itu, pengundi yang akan dipertanggunjawabkan untuk memilih MP bagi P 36, Kuala Terengganu perlu membuka mata dan melihat semua yang berlaku terutama sepanjang tempoh sebelum dan selepas PRU 12 lalu.Jangan jadi seperti orang buta yang tidak melihat atau merasakan apa apa kesan dari apa yang berlaku sepanjang tempoh itu.

Calon UMNO,Wan Mohd Farid harus diingati dengan penglibatannya dalam kes tertembaknya dua pemuda, Suwandi dan Mohd Azman di Batu Buruk sebelum perarakan Bersih dulu.Ingatlah wahai pengundi P 36, dua pemuda ini ditembak di kawasan Parlimen ini dan lihatlah bagaimana dua anak muda ini dihina dan dizalimi bukan sahaja olih peluru yang menembusi dada mereka tetapi juga olih lokap polis.Ingatlah wahai pengundi P 36, bagaimana seorang yang bernama Wan Mohd Farid yang dicalonkan untuk menjadi wakil rakyat kelian terlibat secara langsung di dalam merencanakan kezaliman terhadap dua pemuda tersebut.Kedua anak muda ini mesti dibela dengan memenangkan calon PR/PAS.

Jangan buat tak nampak dengan apa yang berlaku.Tak tahulah nak cakap kalau masih ada yang tidak nampak apa yang berlaku ini.

Wahai pengundi P 36, MUNG DOK NAPOK AGI?


Selepas PRU lalu,Terengganu telah dilanda dengan krisis besar DERIH NATANG di mana ianya melibatkan Tuanku Sultan.Bandar Kuala Terengganu telah bergegar kuat dengan krisis ini yang menunjukkan kurang ajarnya orang UMNO dan tidak bermoralnya mereka dalam berdepan dengan krisis perlantikan MB ini.Seluruh pelusuk P 36 telah menyaksikan bagaimana rakyat berkumpul di seluruh bandar untuk menyambut Sultan sebagai pernyataan sokongan mereka dan sebelum itu pengundi P 36 juga menyaksikan bagaimana rakyat berkumpul di masjid terapung Kuala Ibai untuk bermunajat agar sultan dilindungi ALLAH.Apakah pengundi P 36 sudah lupa semuanya ini?

Wahai pengundi P 36, MUNG DOK NAPOK AGI?

Baru sahaja pengundi P 36 menyaksikan dan mengalami musibah banjir.Banjir yang melanda cukup mengerikan dan pengundi P 36 dapat melihat bagaimana ngerinya banjir yang tidak pernah dilihat sebelum ini.Pengundi P 36 juga melihat bagaimana banjir yang berlaku ini mendedahkan kebobrokan UMNO yang terlibat dengan projek pembesaran lapangan terbang.Bagaimana banjir ini telah memberitahu pengundi P 36 bahawa pembinaan lapangan terbang itu tidak sempurna dan kerana ketidaksempurnaan ini telah menyebabkan banjir melanda.Semuanya disaksikan sendiri olih pengundi P 36.Apakah masih ada yang nak menafikan apa yang telah dilihat itu?

Wahai pengundi P 36, MUNG DOK NAPOK AGI?
"

Anonymous said...

Musim haji sudah selesai.Jemaah haji di tanah suci sudah menyelesaikan kefarduan rukun Islam ke lima dan mula meninggalkan tanah suci untuk pulang ke tanah air masing masing.Tidak ketinggalan, jemaah haji dari tanah air juga sudah mula kembali.

Semuga ibadat haji yang sudah disempurnakan diterima ALLAH dan semuga para jemaah pulang dengan haji mabrur.

Sehubungan dengan kepulangan para haji dan hajjah, kita para pejuang Islam di tanah air mendoakan agar kepulangan mereka membawa seribu makna dan perubahan besar kepada agenda perjuangan Islam di negara kita.Haji mabrur bermakna haji yang diterima ALLAH dan pulang dengan hidayah ALLAH.

Kepulangan bersama hidayah ALLAH ini amat besar maknanya kepada pejuang Islam yang menanti di tanah air.Sejarah Acheh melakarkan bagaimana kota suci Mekah dan ibadat haji menjadi pemangkin perjuangan di sana satu ketika dulu di mana para haji yang pulang ke Acheh membawa panji panji perjuangan menentang Belanda.

Kita juga mengharapkan kepulangan para haji kali ini membawa semangat yang serupa dengan semangat perjuangan Acheh.Kepulangan para haji yang diharapkan akan menambah aura perjuangan mempertahankan akidah Islam, perjuangan menegakkan haq dan menentang kebathilan.Perjuangan menegakkan maaruf dan menentang mungkar, perjuangan yang mempertahankan keadilan dan menentang kezaliman.

Itulah yang diharapkan sangat dari para haji dan hajjah yang bakal pulang.Sewaktu di Mekah dan sewaktu melaksanakan rukun rukun haji dan umrah, Para jemaah dibentangkan dengan perjuangan ini.Mereka merasai bagaimana Siti Hajar berlari dari safar dan marwah,mereka merasai bagaimana melontar syaitan dan iblis di jamrah, mereka menghayati tawaf dan mereka turun merasai bagaimana suasana arafah.Kesemuanya menuntut ketahanan demi mentaati perintah ALLAH,yang juga perintah menegakkan maaruf dan perintah meninggal serta menentang mungkar.Begitu juga mereka turut menghayati ibadat korban yang bersumberkan sejarah pengorbanan Nabi ALLAH Irahim dan anaknya Nabi ALLAH Ismail.

Kesemua perkara ini dan beberapa perkara lagi yang dilakukan sepanjang melaksanakan rukun Islam ke lima ini menuntut para haji menjadi pejuang Islam yang sejati dan sebenarnya.Olih itu,apabila pulang para haji ini seharusnya menjadi lebih berani untuk menyuarakan penentangan kepada sebarang kemungkaran,kebathilan dan kezaliman yang berlaku dalam negara.Para haji ini juga seharusnya bersama jemaah Islam yang berusaha menjadikan Islam sebagai carahidup.

Insya Allah,itulah yang akan dilakukan olih para haji dan hajjah sebaik pulang ke tanah air.Kita tidak mengharapkan para haji dan hajjah ini kembali untuk menyokong kemungkaran, menyokong kumpulan yang menjadi penganjur kemungkaran, menyokong jemaah yang zalim,rasuah dan penuh tipu muslihat.Atau dengan kata kata yang lebih jelas,kita tidak mengharapkan para haji dan hajjah yang bakal pulang menyokong UMNO, sebuah pertubuhan yang menjadi penganjur segala macam kejahatan.

Semuga kepulangan para haji dan hajjah dengan haji mabrur yang pastinya akan meletakkan kebenaran dari sisi ALLAH sebagai pegangan dan pastinya juga berani menegur kemungkaran,kebathilan dan kezaliman."

Anonymous said...

hahaaha patutla kalah dahla sebelah ukom dilatik pengarah media yg bangan disamping SUA yang bangan di latik pulak kaki betina dan duit ni ...umno ...umno