11.12.08

Bekas Ulamak Pas Kempen Untuk BN Kuala Terengganu

Kuala Terengganu- Bekas ketua ulama' PAS Terengganu, ustaz Ghazali Haji Ahmad telah memberi kesanggupan dan persetujuan untuk memberi ceramah bagi membantu calon Barisan Nasional Dalam Pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Ustaz Ghazali Ahmad merupakan pendakwah bebas yang telah keluar meninggalkan PAS sekitar awal tahun 90an.Beliau merupakan ulama' tersohor di malaysia dan seringkali menjadi tetamu stesen TV didalam membicarakan soaljawab Agama.


Sebelum itu beliau telah memegang beberapa jawatan penting di dalam Pas Terengganu dan merupakan tenaga yang sangat penting didalam Pas Kuala Terengganu.


Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pas Kuala Terengganu dan bertanding beberapa kali atas tiket Pas.


Semalam beliau telah menghubungi ketua Penerangan Pemuda Kuala Terengganu en Maslan Mohamad dan mengesahkan untuk berkempen habis-habisan bagi membantu BN Kuala Terengganu.


Dengan kehadiran beliau, Maslan yakin dapat menarik pengundi di dalam Dun Makaf Mempelam untuk menyokong BN kerana Ustaz Ghazali merupakan pengasas pondok Hj Mat Shafie Losong, yang satu ketika dulu merupakan kubu pas.Sebarang permohonan untuk ceramah di dalam Parlimen Kuala Terengganu sepanjang kempen nanti boleh lah hubungi terus En. Maslan Mohamad di talian 019-9859565.
Nota : Syabas Maslan, anda telah melangkah awal mendahului yang lain.Tahniah!!!!

6 comments:

Anonymous said...

Salam
dia ni ulama tersohor? dia nie sapa? sapa yg bagi gelaran dia nie ulama tersohor? kalau juak2 UMNO yg jahil tu .. tka payah ler panggil mcm tuh... ishks

Anonymous said...

alahai...

umno kalau nak provoke memang nombor satu in malaysia.

tahukah kalian bahawa pengundi muda kini sudah ramai yang beralih arah ke PR.

Anonymous said...

assalamualaikum...
hahaha..us ghazali nak kempen??
hey...hadhariyyun..x payah buat malu orang la....
hang tau tak,mase raye idul fitri hari u,us ni la yg bg khutbah kat masjid mat shapie,losong..
x sampai lima minit..habis org lari...
tinggal die sorg khutbah...
di dunia..dah diaibkan...
buat malu je la......

Anonymous said...

Ustaz zali ni dah dapat datuk hasil dari kerja2 politik dgn umno semasa zaman mahathir dulu. ada juga orang gelar dia datuk baju pink (popular dgn puteri umno semasa azalina dulu). bolehlah dia geng dgn datuk omar khalid besut kali nih cari duit sekepeng dua dgn umno. dudok dirumah lebeh baik jaga cucu dan makan ubat kencing manis cukup2

Anonymous said...

islampastimenang said...

assalamualaikum...
hahaha..us ghazali nak kempen??
hey...hadhariyyun..x payah buat malu orang la....
hang tau tak,mase raye idul fitri hari u,us ni la yg bg khutbah kat masjid mat shapie,losong..
x sampai lima minit..habis org lari...
tinggal die sorg khutbah...
di dunia..dah diaibkan...
buat malu je la......

Heheheee, gitu ke? Alamatnya lagi mudahlah PAS menang. Takbirrr.

Anonymous said...

Nie PENCACAI UMNO!!!KESIAN UMNO ade orang mcm nie..