11.12.08

'Saya sendiri masih belum tahu'-Dato' Ahmad Said

Menurut laporan Bernama lewat petang ini, Ahmad yang juga pengerusi BN negeri berkata beliau belum menerima cadangan calon-calon daripada bahagian Kuala Terengganu.

"Kita bercadang mengumumkan nama calon lebih awal bagi mengurangkan spekulasi.

"Bagaimanapun, saya sendiri masih belum tahu bakal calon, macam mana saya nak umumkan lebih awal.

"... awal atau lewat kemukakan calon, itu biasalah. Yang penting kita kena kerja kuat untuk mencapai kemenangan," Ahmad dipetik berkata di Kuala Terengganu, mengulas saranan Wan Ahmad Farid.

Agensi berita yang sama juga melaporkan, ketua bahagian Kuala Terengganu berkata mesyuarat bahagian telah memutuskan senarai calon-calon yang akan diserahkan kepada badan perhubungan negeri.

"...ikut perlembagaan parti, bahagian diminta cadangkan nama calon kepada perhubungan dan bahagian telah buat ketetapan. Ketetapan itu akan saya panjangkan kepada perhubungan untuk buat pertimbangan secepat mungkin," katanya, seperti dilaporkan.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan senarai nama calon dan jumlah individu yang dikemukakan.

Tambahnya, Umno bahagian mencadangkan kepada perhubungan negeri agar mengumumkan nama calon lebih awal untuk mengelakkan spekulasi media dan sekali gus memudahkan jentera parti menumpukan perhatian menghadapi pilihan raya kecil itu, lapor Bernama lagi.

2 comments:

Anonymous said...

alamat terang limpahan cahaya bulan di bumi kuala terengganu kali ning. sebenornya wan farid pelahap nak jawatan mb terengganu, jadi mp tak datang hasil baginya. dia rela tunggu pru-13. saya berani kata bahawa cah keting akan berlaku dalam prk ini.
alfatihah buat arwah dato' razali.

Anonymous said...

assalamualaikum...
selamat berjuang umno sambil menipu rakyat:)
hang nak tau tak..sebelum dato' razali meninggal,beliau dah mengadu kat seorg tokoh agamawan yg die ni dah x senang dgn umno..
dah meluat dgn kejijikan umno..
alhamdulillah,dan aku optimis sebelum Allahyarham meninggal,beliau dah dapat cahay kebenran..
Sekalund doa buat dato' razali
semoga dikau termasuk dalam golongan orang yang soleh..
inysaAllah..
ingatlah wahai orang umno..
kembalilah kepada Al-Quran..
jangan gilakan jawatan...
berjuanglah demi Islam..
bukan berjuang demi Melayu..