12.12.08

Pemuda Umno Terengganu guna blog tarik pengundi muda


KUALA TERENGGANU: Pemuda Umno Terengganu akan mewujudkan laman blog khas sebagai satu daripada strategi untuk mendekati golongan pengundi muda dalam menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu bulan depan.


Ketua Pemuda Umno negeri yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Mohad Sabri Alwi berkata, pergerakan itu menyedari golongan muda pada masa kini banyak terdedah kepada lamanlaman blog sedangkan banyak maklumat yang dimuatkan itu kadangkala kurang tepat.


"Menyedari hakikat itu, kita akan menyediakan satu blog untuk menerangkan tentang isuisu semasa kepada golongan pengundi muda yang gemar melayari internet terutama mereka yang bekerja di luar Terengganu.


"Kita sedar golongan belia terutama yang berada di luar banyak terdedah dengan maklumat yang kurang tepat mengenai kerajaan dan dengan adanya blog ini nanti, kita berharap dapat mendekati golongan terbabit," katanya kepada Bernama di sini hari ini.


Beliau berkata, penerangan yang tepat amat penting memandangkan 48 peratus daripada 80,229 pemilih berdaftar di kawasan Parlimen Kuala Terengganu merupakan kalangan belia yang berumur 40 tahun ke bawah.


Katanya cadangan parti pembangkang untuk mencalonkan golongan muda untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu jelas menunjukkan belia mempunyai pengaruh besar.


Beliau juga berkata semua jentera pergerakan Pemuda di semua bahagian telah digerakkan untuk menghadapi pilihan raya kecil itu.


"Saya yakin semua ahli Umno akan bersatu untuk menghadapi pilihan raya nanti," katanya yang yakin Barisan Nasional tidak mempunyai masalah untuk mempertahankan kerusi Parlimen itu.


Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Timbalan Menteri Pelajaran yang juga anggota Parlimen Kuala Terengganu Datuk Razali Ismail bulan lepas kerana serangan jantung. BERNAMA

4 comments:

Anonymous said...

bagus sekali cadangan dik mat tu cuma dik mat sendiri kena mahir dulu dgn dunia siber laaa jangan buat lepas batok di tangga pula. senjata makan tuan pula jadinya.

Anonymous said...

assalamualaikum...
hang ingat orang duk percaya apa hang cakap...
haha22...
orang dah x percaye dah...
dasar penipu dan pemutar belit...

H Liam said...

tak guna juga kalau nak guna dunia siber semata-mata nak tunjuk hebat kerja kepada bos-bos di atas. sambut raya pulak lah pengundi-pengundi parlimen kuala terengganu. kita tengok sapa yang kena kali ni.....

H Liam said...

Dipetik dari newsportal malaysiakini.com 11dec08

Laluan Wan Farid sukar, kata bekas AJK
Muda Mohd Noor | Dec 11, 08 5:41pm

'Laluan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh untuk menjadi calon kerusi Kuala Terengganu menemui jalan sukar kerana beliau didakwa tidak mendapat sokongan penuh ahli-ahli jawatankuasa (AJK) bahagian berkenaan.

"Datuk Wan Ahmad sendiri yang disebut-sebut akan bertanding pun tidak mendapat sokongan penuh dari AJK bahagian.

"Beliau hanya boleh mengawal empat atau lima AJK sahaja (daripada 25 anggota), manakala yang lain tidak mendengar cakapnya," kata seorang bekas ahli jawatankuasa Kuala Terengganu, yang enggan mendedahkan identitinya.

Penggiat parti tersebut juga mendakwa beberapa kumpulan penyokong Umno dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Burok dan Wakaf Mempelam tidak menyokong Wan Ahmad Farid sebagai calon.

Sehubungan itu, beliau menambah, Umno bahagian kini berdepan masalah memilih calon yang sesuai untuk menerima cabaran sengit PAS.

Katanya, tidak ada calon BN yang berkaliber untuk berdepan dengan pembangkang dalam pilihanraya kecil itu, antara 6 hingga 17 Januari.

Selain Wan Ahmad Farid, timbalan ketua Umno bahagian Mohd Sabri Alwi, ketua penerangan negeri Datuk Zuber Embong, bendahari negeri Senator Datuk Roslan Awang Chik dan bekas ketua penerangan bahagian Mohd Zuber Embong turut disebut-sebut sebagai calon BN.

Kerusi itu kosong susulan kematian penyandangnya Datuk Razali Ismail akhir bulan lalu.

Dalam pilihanraya umum lalu, Razali mempertahankan kerusi itu buat kali kedua setelah mengalahkan calon PAS, Mohamad Sabu dengan majoriti tipis, 628 undi.

Wan Ahmad Farid disebut-sebut sebagai calon terbaik BN di Kuala Terengganu tetapi mengalami masalah sokongan di peringkat akar umbi dan penolakan terhadap kepemimpinan abangnya Datuk Wan Hisham, yang juga naib ketua bahagian.

Difahamkan senator itu mendapat sokongan daripada penyelaras-penyelaras DUN Ladang dan Batu Burok - masing-masing Wan Hisham dan Mohd Sabri, kedua-duanya penyokong kuat Wan Ahmad Farid.'

KALAU INI MACAM KENA LETAK SDRA MOHAMAD SABRI ALWI a.k.a. MAT KEROK SENDIRI SEBAGAI CALON