8.12.08

BN jangka saingan sengit...


Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said menjangkakan Barisan Nasional (BN) akan menghadapi saingan sengit bagi mengekalkan kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada pilihan raya kecil yang bakal diadakan ekoran kematian penyandangnya, Datuk Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, Jumaat lalu. Katanya, ini berikutan, tiga kerusi Dewan Undangan Negeri dalam kawasan Parlimen tersebut dikuasai PAS manakala BN hanya menang satu kerusi sahaja.


Ditanya sama ada BN telah mengenalpasti calon yang akan diketengahkan pada pilihan raya kecil berkenaan, Ahmad Said berkata, beliau belum mempunyai sebarang nama untuk dicalonkan. “Kita akui mungkin berhadapan pertandingan sengit tapi kita akan tetap akan pertahankan,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada para pemberita hari Isnin selepas majlis menandatangani perjanjian Projek Buku Elektronik antara Kerajaan Terengganu dengan Intel (Malaysia) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Kuala Terengganu.



Nota: Sebagai pengerusi Perhubungan Umno, Dato' Ahmad Said diharap dapat memilih calon yang sesuai dengan citarasa pengundi Kuala Terengganu,Ucapan beliau sebelum ini yang menyebut bahawa bahagian Kuala Terengganu merupakan bahagian yang sangat bermasalah mesti diambil kira.Kuasa penentu dari ketua perhubungan mesti digunapakai.

No comments: