8.12.08

Mesyuarat BN esok bincang pilihan raya kecil

PUTRAJAYA: Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) esok akan menumpukan kepada strategi dan persiapan awal pilihan raya kecil Kuala Terengganu 17 Januari ini.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata: "Antara agendanya ialah tentang strategi apa yang patut dilakukan dan bagaimana untuk mendapat majoriti lebih baik daripada 628 undi pada pilihan raya umum lalu."

"Kita juga mempunyai strategi tertentu untuk memastikan petugas hanya memberi tumpuan kepada kempen pilihan raya kecil dan bukan ambil kesempatan raih sokongan untuk pemilihan parti," katanya kepada pemberita pada majlis korban sempena sempena Hari Raya Aidiladha peringkat Parlimen Putrajaya di sini hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 6 Januari sebagai hari penamaan calon manakala pengundian diadakan pada 17 Januari jika ada pertandingan.

Pilihan raya kecil Kuala Terengganu terpaksa diadakan berikutan kematian Anggota Parlimen kawasan itu, Datuk Razali Ismail pada 28 November lepas.
Razali, yang juga Timbalan Menteri Pelajaran mengekalkan penguasaan kerusi BN, apabila memperoleh 32,562 undi menewaskan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu (31,934 undi) dan calon bebas, Maimun Yusof (685 undi).

Mengenai calon yang bakal dipilih, Tengku Adnan berkata ia akan diumumkan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam masa segera selepas meneliti beberapa kriteria tertentu yang diguna pakai selama ini.
Nota : Masa PRK Kuala Berang ogos 2004, begitu ramai yang datang berkempen untuk calon MT Umno, nasib baik BN Menang.Harap pemantauan dibuat sebaiknya.Jangan pula nanti perwakilan bahagian di rasuahkan di Kuala Terengganu.

3 comments:

Anonymous said...

Rasuah dalam umno macam isi dengan kuku, macama irama dan lagu, macam aur dan tebing.....Politik wang ke, rasuah politik ke..benda haram.Akan jadi darah daging kasi makan anak isteri benda haram,Duit rasuah tu duit HARAM....tak kan itu pun tak faham-faham

Anonymous said...

BN calonkan Datuk Wan Farid, PAS calonkan Dr. Syed Azman baru ada real fight. Saya confident BN akan tewas di PRK Parlimen Kuala Terengganu pada kali ini.

Anonymous said...

assalamualaikum..
walau apa perang saraf yang cuba dimainkan oleh UMNO..
kami akan tetap komited berjuang dibawah nama ISLAM..
kami bukan extreme..
kami sokong PAS sbb PASlah parti yang pernah kami jumpa yang sanggup mendokong beban dakwah menjulang syariat ISLAM..
ingatlah..walauapa fitnah/mehnah/tribulasi yg dimainkan UMNO,kami x akan mengalah
kami tak kan berputus asa...
tarbiah pAS tidak mengajar kami semua akan kebinasaan...
ISLAM PASTI MENANG!!