Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh hari ini mengangkat sumpah sebagai senator untuk penggal kedua.
Beliau mengangkat sumpah di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Wong Foon Meng sebaik sahaja Dewan itu bersidang pada pukul 10 pagi.
Bagaimanapun, pelantikannya pada kali ini hanya akan bertahan selama kira-kira dua minggu kerana beliau dijangka meletakkan jawatan itu pada 5 Januari ini, sehari sebelum tarikh penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu.
Langkah itu bagi membolehkan beliau bertanding pada pilihan raya kecil berkenaan yang ditetapkan pada 17 Januari depan.
Kerusi itu kosong ekoran kematian penyandangnya Datuk Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran pada 28 November lalu.
Wan Ahmad Farid, 46, yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri adalah lulusan ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Thames Valley, United Kingdom.
Beliau yang dilahirkan di Kuala Terengganu pernah berkhidmat sebagai peguam syarie dan Setiausaha Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu.
Turut mengangkat sumpah hari ini ialah Naib Ketua Wanita UMNO Terengganu, Fatimah Hamat, iaitu lantikan baru mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan.
Fatimah, 58, adalah seorang bekas guru yang berkelulusan diploma pendidikan pada 1972.
Beliau dianugerahkan sebagai Tokoh Guru Negeri Terengganu pada 2007.
Hantarkan berita PRK Kuala Terengganu ke:bnkualaterengganu@gamil.com
24.12.08
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
didalam 1 artikel yg dipetik dari malaykini.com 12/22/08 dibwah tajuk "Pemimpin umno tidak pasti menang"
"Pemimpin Umno di bahagian Kuala Terengganu berkata, personaliti Wan Ahmad Farid yang dianggap "elit" menyebabkan calon itu sukar mendapat sokongan pengundi kampung.
Katanya, yang enggan dikenali, jika hendak dibandingkan senator itu dengan bekas ahli parlimen Datuk Razali Ismail, "ia ibarat langit dengan bumi"...
baca selanjutnya link berikut http://www.malaysiakini.com/news/95285
pada hemat saya yb senator ada "masalah persepsi" dgn masyarakat umum (baca: pengundi kt bukan pengundi umno kt!).
pada hemat saya pengundi kt saluran 1,2,3 akan "geli geleman" bila tengok bakal tok wakil mereka melalak berkaraoke. saluran 4,5 mungkin kira ok.
Di tranung banyak tempat bernama bermula dengan 'gong' spt. gong tok nasik, gong kapas, gong badak, gong kenak dan berbilang2 gong lagi. kalu gong sangat payahlah nak raih undi dari rakyat KTranung.
Dear blogger, 'gong' di dalam slanga Terengganu itu apa maknanya dalam BM standard? Tekaan saya 'gong' itu 'elit/elitis'...sekadar serkap jarang. Kalau Wan Ahmad Farid elit dalam BM standard, dalam slanga Terengganu Wan Ahmad Farid gong. Maaf kalau silap.
kalo wan farid buke laman web, baik jangan wujudkan post comment, sbb takut calon kiter ni sakit jiwa tengok comment rakyat yang banyak belana..hehe..hidup2..hidup islam..hancur2..hancur bn..
Post a Comment