15.12.08

Pemuda Umno akan gempur Pengundi Muda

Kelihatan En Mohd Sabri Alwi bersama YB Dato' Wan Ahmad Farid Melawat mangsa banjir
Di Kg Cendering Raja, Kuala Terengganu.

KUALA TERENGGANU: Pemuda Umno Terengganu akan mengadakan pelbagai program bagi menarik sokongan kira-kira 20,000 pengundi muda dalam kawasan Parlimen Kuala Terengganu, terhadap parti itu.


Ketuanya Mohd Sabri Alwi berkata langkah itu penting bagi memastikan golongan berkenaan menyokong calon Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya kecil parlimen tersebut, 17 Januari depan.


"Kita akan mengadakan pelbagai program untuk mengesan serta menjejaki pengundi muda ini. Undi mereka dapat membantu kemenangan calon BN dalam pilihanraya kecil nanti," katanya di sini hari ini.


Beliau berkata Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah mengarahkan Pemuda Umno negeri dan Pemuda Umno Bahagian Kuala Terengganu supaya mengatur program-program bagi mendekatkan diri dengan golongan muda.


Mohd Sabri berkata pilihan raya kecil itu, cukup bermakna kepada Umno untuk memulihkan keadaan serta mengeratkan kembali perpaduan selepas pemilihan parti, baru-baru ini.


"Saya akui sedikit sebanyak pada pemilihan parti baru-baru ini berlaku kekecohan dan keretakan di kalangan ahli Umno. Melalui pilihanraya kecil ini kita akan dapat bersatu semula," katanya.


Beliau berharap anggota Umno terutamanya Pemuda supaya dapat melupakan apa jua krisis yang berlaku sebelum ini, sebaliknya memberi fokus terhadap pilihanraya kecil itu.


"Biarlah kita sama-sama melupakan dan tumpukan kepada pilihanraya kecil ini kerana matlamat kita ialah untuk memenangkan calon BN," katanya


Hantarkan berita PRK Kuala Terengganu ke:bnkualaterengganu@gamil.com

6 comments:

Anonymous said...

Bila pilihanraya baru nak turun padang..BN akan menghadapi kalah teruk pada pilihanraya yang bakal diadakan.

Anonymous said...

sape kate bn akan kaloh? Jgn pandang rendah pd BN. PAS yg besekongkol dgn PKR dan DAP spatutnya cermin diri kerana sudah keluar dari nas2 perjuangan Islam asalnya. Sape kate bn turun padang time pilihanraya...sape yg yg byk selesaikan mslh rakyat kalau bkn BN. Igtlah warga P036...jgn di ulang peristiwa lalu... Sengsara duduk dibwh naungan pembangkang...

Anonymous said...

baru2 ni semasa banjir malanda negeri terengganu, x nampak pn pemimpin/ wakil pembangkang turun padang, klu datang pun anya sekadar melihat suasana banjir, yg meraka bantu hanya memburuk2kan nama petugas keselamatan, harap gelombang buru dapat meneruskan perjuangan di tanah terengganu, insyaAllah

Anonymous said...

org PAS koya je lebih.dok realistik langsung.

Anonymous said...

insyallah PAS menang...kemungkinan BN\UmNo tiada lg di hati rakyat

Anonymous said...

insyallah PAS menang...BN\UmNo tiada lg di hati rakyat