26.12.08

Pembangkang tidak mampu ke mana - Rosnah


Pertentangan yang jelas di antara parti pembangkang berhubung pelaksanaan hukum hudud membuktikan bahawa kerjasama pembangkang tidak akan dapat pergi jauh.

Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, malah jika mimpi pembangkang untuk memerintah negara menjadi kenyataan sekalipun, rakyat boleh menjadi hakim bagaimana percanggahan antara Pas dan DAP berhubung dasar mereka itu.


''Malah sikap Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sehingga hari ini masih membisu berhubung isu itu juga menyerlahkan realiti betapa gabungan pakatan pembangkang amat rapuh dan setiap parti hanya mementingkan agenda masing-masing,'' katanya.

Isu mengenai hudud timbul kembali selepas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menegaskan bahawa Pas komited untuk melaksanakannya jika pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan kelak.

Kenyataan itu bagaimanapun dikritik hebat oleh DAP yang merupakan sekutu Pas apabila dengan keras menegaskan bahawa kenyataan tersebut bukan menjadi agenda mereka.

Sehubungan itu, Rosnah berkata, rakyat Malaysia perlu membuka mata dan menggunakan akal untuk menilai sejauh mana pakatan pembangkang mampu membentuk kerajaan yang adil terutamanya kepada umat Islam jika mimpi mereka itu menjadi kenyataan.

''DAP langsung tidak mahu membuka ruang kepada Pas untuk berbincang perihal pelaksanaan hukum hudud dan bermati-matian menolak cadangan tersebut.

''Sedangkan Pas seperti yang ditegaskan oleh Husam dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak tetap dengan pendirian untuk melaksanakan hukum tersebut.

''Malah saya percaya semua ahli Pas mahu hukum hudud menjadi teras pemerintahan kerajaan pakatan pembangkang kelak,'' jelasnya.

Rosnah yang juga Ahli Parlimen Papar berkata, rakyat sepatutnya telah lama sedar perihal kekalutan antara Pas dan DAP yang tidak akan ada garis penamatnya.

Oleh itu, katanya, adalah menjadi tanggungjawab setiap rakyat terutama yang beragama Islam untuk membuat penilaian terbaik tentang masa depan mereka dengan tidak membenarkan angan-angan pakatan pembangkang memerintah negara ini menjadi kenyataan.

''Jika pakatan pembangkang memerintah, pastinya akan wujud 'krisis' di antara DAP dan Pas berhubung pelaksanaan hukum hudud dan paling penting keadaan seperti itu akan menggugat keharmonian masyarakat pelbagai kaum.

''Oleh itu setiap daripada kita mesti menggunakan logik akal supaya tidak menyesal di kemudian hari,'' ujarnya


Hantarkan berita PRK Kuala Terengganu ke:bnkualaterengganu@gamil.com

5 comments:

Anonymous said...

Orang Umno memang seronok kalau hukum hudud tak dilaksanakan, sebab mereka banyak buat salah

Anonymous said...

Jangan terlalu bongkak saudari. Adakah anda tidak belajar dr pru 12 yg lalu? Rakyat menilai dengan akal yg waras bukanya dengan momokan seperti yg saudari katakan. sangat dangkal pandangan saudari. walau benci sakilpun saudari kpd pembangkang, jangan sampai hukum Allah dipersendakan!!!!

Anonymous said...

KJ kata:
'Pade doh BN..Ambo tokse BN'

Anonymous said...

"Pembangkang di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor tidak mampu ke mana - Rosnah"

ANAK BAPAK said...

ai memanglah takkan kemana-mana..mola hari penamaan calon samapailah hari mengundi samapailah isytihar keputusan..maka wajiblah jemtera PAS dan pakatan rakyat tidak akan ke mana2..sebab pembangkang akan berkampung di kuala terengganu dan takkan nak ke parlimen kemaman kot...haha!!!