14.12.08

Pengundi Terengganu Matang Memilih Kerajaan Dan Pemimpin - Shafie


Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyifatkan pengundi Kuala Terengganu sebagai matang dan yakin mereka akan terus memilih calon BN pada pilihan raya kecil Parlimen kawasan itu 17 Jan depan.

Shafie yang juga Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan berkata kematangan dan kebijaksaan rakyat Terengganu itu terbukti apabila mereka memilih semula BN untuk membentuk kerajaan di negeri itu pada pilihan raya umum lalu.

"Saya yakin pengundi di Kuala Terengganu amat matang. Kalau kita lihat dalam pilihan raya lalu mereka telah memberikan sokongan kepada kerajaan BN dengan mengembalikan tampuk pemerintahan negeri itu kepada BN," katanya kepada pemberita selepas menutup Karnival Rukun Tetangga sempena kempen "Jiranku Keluargaku" di sini malam tadi.

Beliau yakin pengundi Kuala Terengganu akan memberi kemenangan kepada BN demi kelangsungan pembangunan seterusnya bagi menjayakan usaha mengukuhkan perpaduan di kalangan rakyat negeri berkenaan.

Mengenai penghantaran jentera pilihanraya Umno dan BN dari Sabah untuk membantu rakan mereka berkempen di Kuala Terengganu, Shafie yang Timbalan Ketua Perhubungan Umno Sabah berkata kebiasaannya Umno Sabah dan BN akan menghantar delegasi sebagai sokongan dan membantu rakan-rakan mereka di Kuala Terengganu bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN.

Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu diadakan selepas penyandang kerusi kawasan berkenaan Datuk Razali Ismail meninggal dunia pada 28 Nov lalu.


Hantarkan berita PRK Kuala Terengganu ke:bnkualaterengganu@gamil.com

3 comments:

. said...

tahniah atas usaha ini. saya telah senaraikan blog ini di http://debatrakyat.blogspot.com dan htpp://nobisha.blogspot.com .. bagaimanapun ada sedikit pembetulan di blogroll saudara. sepatutnya "nobisha", bukannya "nobhisha"

terima kasih dan teruskan perjuangan dgn keikhlasan.

Anonymous said...

Yang meninggal BUKAN Datuk Razali Ibrahim! Blogger cap ayam ke ni?

bnkterengganu said...

Terima kasih kerana Pokchang menegur.