15.1.09

Jauh Bezanya Arwah Razali Dengan Wan Farid

Bolehlah IB katakan bezanya antara arwah Razali dengan Wan Farid adalah umpama bumi dengan langit. IB berani berkata demikian kerana IB kenal kedua-dua mereka.
Arwah yang biasanya IB panggil dengan nama Abang Zzali sahaja adalah seorang yang amat mudah didekati. Amat jauh bezanya dengan Wan Farid yang IB panggilnya dengan panggilan Yek tidak semudah itu - terlalu banyak berkira dan berprotokol. Kini hendak dipanggil Yek pun nampak reaksinya tidak begitu menerima begitu …


Yek IB kenali semenjak kami kecil. Hisham (Wan Hisham) abangnya pun sama-sama kita sekampung dulu. Hisham lebih tua dan Yek lebih muda dari IB. Kalau dulu kita mudah berkawan - tetapi kini itu semua sudah sukar. Semasa Hisham kerap ke pejabat TDM di Menara Promet - pernah beberapa kali IB cuba mendekati. Teramat sukar untuk membuat temujanj - macam tak pernah kenal pula jadinya.


Yek pun tidak jauh bezanya dengan abangnya. Gonglah kata orang Terengganu. Manalah dia nak layan IB kerana masing-masing tahu perbezaan parti yang kita sokong (walaupun IB tidak menganggotai mana-mana parti politik). Namun IB tahu bahawa IB tidak mampu membawa undi apatah lagi business untuknya - malah dirasakan pula IB hendak menempel tumpang cari business darinya.


Abang Zzali pula jauh lebih tua dan hanya IB kenali sekitar lebih 10 tahun lalu. Kami kerap berkomunikasi. Kami sentiasa bersembang dan selalunya memikirkan nasib anak-anak muda dan isu-isu sosial. Sekadar menghantar SMS sahaja, pasti arwah akan telefon balik apabila dia mempunyai masa jika tidak dia akan jawab SMS tersebut. Malah beberapa minggu sebelum beliau menghembus nafasnya beliau ada memberitahu sesuatu yang memang IB tabik arwah dan mengkagumi sikap dan keperibadiannya.

Arwah menceritakan bagaimana beliau menghadapi pemilihan parti di bahagiannya. Mengetahui bahawa lawannya mempunyai bekalan dana yang besar untuk memastikan pengundi berpihaknya, arwah bertekad untuk tidak mengguna sebarang umpan wang untuk meraih undi. (antara sebabnya beliau sendiri tidak mempunyai dana untuk kempen tersebut hanya sekadar mempertaruhkan air liur, maruah dan keperibadiannya)


Malah Menterinya sendiri bersedia memberi serta menawarkan sumbangan untuk arwah berkempen dalam pemilihan bahagian tersebut. Namun, arwah berkeras tidak mahu mengguna sebarang wang untuk membeli undi - walaupun mengetahui lawannya telah menabur dana.
Arwah memberitahu Menterinya bahawa beliau menolak tawaran tersebut kerana mahu membuktikan sendiri bahawa budaya politik wang tidak wujud di dalam UMNO sekurang-kurangnya jika beliau menang. Namun, ternyata beliau gagal membuktikannya dengan kekalahannya itu.

Di atas kekuatan peribadi Abang Zzali lah yang telah memenangkan beliau dalam PRU2008 lalu walaupun majoriti undi kepada calon-calon di keempat-empat DUN dalam P036 berjumlah lebih 2000 beliau tetap menang di Parlimennya walaupun menentang tokoh dari PAS seperti Mat Sabu.


Untuk Yek mengulangi kejayaan arwah - IB yakin ianya suatu yang amat sukar. 2000 orang yang mengundi calon PAS di DUN dan memilih arwah Razali untuk P036 sudah pasti memilih Wahid Endut. Jika Razali menang atas modal personalitinya maka Wahid juga akan menang atas personalitinya juga. Dan begitulah juga Yek akan tersungkur atas sebab keperibadiannya.

Sekian, IB
Hantarkan berita PRK Kuala Terengganu ke:bnkualaterengganu@gamil.com

2 comments:

Anonymous said...

pakat2 tohok/humbang dalang kubang parit jer, guana gamok? dok gitu adik kakok seme?

Anonymous said...

maknanya menteri arwah kaki main pitih jugok ke? malu dia kot bila arwah dok terima tawarang sumbangang untok kempeng perwakilang umno ktranung dulu. sebab tu gamoknya mentri tu galok sangat mari ngempeng ke ktranung le2 ning. habih sekawang deru bolo' dgn rasuah. guane2 pung kena pakoh hj wahid kali ning,