Saranan PM dan TPM supaya tiada calon calon yang akan bertanding dalam pemilihan umno Mac nanti berkempen untuk diri nampaknya sudah tidak dihiraukan lagi.
Dalam kesibukan pilihanraya kecil kuala Terengganu dimana BN , pas dan bebas buka bilik gerakan untuk melaksanakan kerja-kerja bagi memenangkan calon masing-masing ,rupanya ada juga calon-calon MT yang buka bilik gerakan di bilik-bilik hotel.
Kejadian yang masih sama dengan kempen piliharaya kecil, cuma tiada perarakan penamaan calon dan tiada ceramah besar-besaran yang dibuat.Cuma ada ceramah kelompok je yang diatur oleh pengurus calon.
Antara bilik hotel yang dah dikenal pasti sebagai bilik gerakan itu ialah di Primula, Grand con, Permai Inn , Ri-Yaz Heritage Resort[P.Duyong],FELDA Residence dan beberapa hotel lagi.Tidak termasuk di TER, kerana disitu kebanyakan bilik dihuni oleh pasukan keselamatan yang berpakaian biasa.
Seorang calon Naib Presiden sudah dikenal pasti telah menggunakan sebuah bilik di hotel Primula sebagai bilik gerakan untuk beliau berkempen.Pengurus calon akan bergerak memberi arahan kepada perayu undi untuk menghubungi perwakilan dari umno bahagian yang datang ke Kuala Terengganu untuk menghadiri sesi bicara pemimpin atau ceramah kelompok.Bagi yang belum datang pula mereka ditawarkan tiket atau duit minyak untuk datang.
Nak jadi ke cerita, dilobby sebuah hotel lain senarai perwakilan dari bahagian seluruh negeri johor dijumpai terjatuh berhampiran meja minum disitu.
Malahan ceramah kelompok itu pula telah menjadikan medan untuk menetapkan harga undian.
Mengapa ini mesti berlaku? kepentingan diri lebih diutamakan dari berkempen untuk pilihanraya kecil.
Ini kah pemimpin yang akan menerajui negara kita ini?????
Saya tertarik dengan satu billboard di lampu isyarat Gong Kapas dengan tajuk
Seloka Rasuah
Beri Salah, tak beri kalah........
*sehingga kini janji Calon BN dan janji mohd Sabri Alwi (Mat Kerok) belum lagi ditunaikan kepada saya dengan blog ini.Malahan sanggup pula berbohong kononnya tidak pernah berjanji dengan saya.Saya masih simpan sms mereka berdua ketika berjanji dan mengarahkan saya menerbitkan blog ini.
Saya juga masih tetap dengan pendirian " Walaupun mungkin saya tidak mengundi pas atau bebas dalam PRK nanti, namum Wan Ahmad Farid akan kehilangan satu undi beliau dari saya.
Hantarkan berita PRK Kuala Terengganu ke:bnkualaterengganu@gamil.com
14.1.09
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
wak kire org bn nih,, nok2 lg bn trg,,tadok nampok ain langsung nok ikhlas dlm berjuang,, mana2 duit duk depan gop,, tu yg arwah kurang senang skit,, sampai kalah dlm pemilihan,, huhuhuhuhu,,
anak kecil main api..
terbakar hatinya yang sepi..
akibat sengketa sesamalah kita..
bumi milik diancanm orang..
Perjuangan memerlukan keikhlasan. Jika tidak, jiwa merintih apabila kehendak tidak tercapai. Wang ringgit boleh di cari, tetapi nilai pengorbanan tiada nilainya..
Sesat di hujung, kembali ke pangkal jalan.. Allah maha pengampun..
Sesungguhnya dunia itu sementara, hanya akhirat yang kekal abadi..
meh aku sambung seloka tuan rumah, "UMNO beri RASUAH salah, UMNO tak bagi RASUAH kalah, Jadi UMNO serba salah takut kalah.
tu ler.. kerbau dipegang pada talinya.. manusia dipegang pada janjinya.. fikir-fikirkanlah..
Kasihan.. kasihan.. menang sorak, kampung tergadai.. pitih dok leh.. caya sangat tu..
marilah kita pakat-pakat undi parti yang bersih kalau kita tidak mau bersubahat dengan Perasuah.........
ada juga yang Dato yang tgh berkempen untuk bertanding ketua bahagian...satu2nya bahagian yang masih belum bersidang &&&&&....
Dia mengangkut perwakilan bahagian tersebut ke kuala terengganu, bukannya untuk membantu pilihanraya tapi berkempen untuk menang ketua bahagian. Cubalah g jenguk di Seri Malaysia Marang.
Bn,bn buat malu aje.
saya sebagai petugas dari UMNO Johor kat KT ni memang tak puas hati.
duit dah lah tak bagi semua. ketua rombongan pulak dok berzina dalam bilik.
yang aku penat je dok tengah panas.
sial !!!
Post a Comment